Ulasan Pakar Kewangan Mengenai Bajet 2017 ke atas Perancangan dan Impak Kewangan Individu

loading...

📢 Review Bajet 2017 ke atas Perancangan Kewangan Individu

Tema Bajet 2017 ialah:

•➡ Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi

•➡ Menghemah Perbelanjaan Inklusif

•➡ Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh

Adalah penting dalam review ini adalah untuk memahami apa yang cuba disampaikan, bukan hanya lihat apa yang kita suka dan tidak suka. Inilah pemikiran yang berobjektif.

Apa yang dimaksudkan dengan tema?

1) Menjamin Perpaduan – bermakna semua pihak akan dapat perhatian. M40 dan B40 akan lebih diberi perhatian. Semua kaum akan dapat bajet masing-masing. Kita boleh lihat bahagian Komuniti Cina dan India, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra dan Memartabat Syiar Islam.

2) Pertumbuhan Ekonomi – Projek mega yang membantu ekonomi dan galakan perbelanjaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan GDP.

3) Menghemah Perbelanjaan Inklusif – beberapa penjimatan dan pengurangan kebanyakannya dalam Operating Expenses (Belanja Mengurus)

4) Mensejahtera Kehidupan Rakyat – adanya BR1M, pelbagai insentif untuk penjawat awam, pemandu teksi, pelajar

➡➡Kesan Terus kepada Kewangan Peribadi

Mari kita lihat terus beberapa poin dalam Bajet 2017 yang akan memberi impak terus kepada kewangan peribadi. Secara jujurnya, tidak banyak.

1) Pengecualian duti setem bagi surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan untuk pembelian rumah pertama dalam tempoh 1 Januari 2017 – 31 Disember 2018. Rujuk gambar 1:





Sebelum ini hanya diskaun 50% sahaja untuk rumah pertama di bawah RM500,000.

Jadi ada pro and con. Permintaan terhadap rumah di bawah RM300,000 pastinya kekal atau lebih tinggi. Bagi sesiapa yang belum memiliki rumah pertama, jangan lengahkan lagi.

2) Mereka yang menerima BR1M boleh menggunakan wang itu untuk menjadi pemandu UBER. Rebat sebanyak RM4,000 untuk membeli Proton Iriz. Rujuk gambar 2:


Saya tidak tahu sejauh mana diskaun ini berkesan dengan tawaran diskaun sedia ada.

Tapi idea jana pendapatan kedua ini sememangnya memberi impak kepada kewangan kita. Kita perlu ada sumber pendapatan tepi (side income). Tidak boleh mengharapkan satu sumber sahaja. Namun tidak terhad kepada UBER sahaja. Banyak lagi pendapatan kedua yang lain, contohnya menjadi perunding kewangan #TheSophisticatedInvestor 😛

3) BR1M. Pastinya kenaikan BR1M memberi impak kepada kewangan kepada sesiapa yang layak.

Individu bujang menerima tambahan RM 50, dari RM 400 kepada RM 450. RM 50 ini lebih daripada 10%.

Jadi pandai-pandailah berbelanja. Jangan beli rokok sudah. Kalau tambah simpanan lagi baik. Gaji RM 2,000 tu kalau cermat memang boleh simpan banyak.

Isi rumah yang lain dapat pertambahan 10% juga lebih kurang. Dari 800 ke 900. Oklah tu kan, boleh tampung mana-mana perbelanjaan yang meningkat. Kalau nak lebih lagi, buat kerja kedua, ketiga, keempat, kelima. :p



4) Program SL1M. Walaupun bukan untuk semua, tapi untuk fresh grad daripada menganggur tak ada kerja jangan habiskan beras dan internet quota mak bapak.

Mohon skim latihan ni. Dapat RM1,500 juga tak silap. Cukup bagus untuk bina kewangan. Program ni okay takutlah malas nak jual nasi lemak tu kan. Pergilah skim latihan ni. Paling kurang dapat pengalaman bekerja.

5) Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 (digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup) bagi pembelian:

•Bahan bacaan, komputer, peralatan sukan, surat khabar bercetak, smartphone & tablet, langganan internet & bayaran keahlian gymnasium. Rujuk gambar 4:



Ok sekarang ni bukan sahaja komputer, buku dan majalah, sukan asing asing, tapi semua tu digabungkan menjadi pelepasan cukai gaya hidup. Abang-abang sado boleh claim relief kalau masuk membership gym. Hehe. Makin galaklah abam sado sekarang.

Ok bab ini saya nak komen sedikit. Bab pelepasan cukai gaya hidup ni memang saya lihat fungsinya sama seperti BR1M, untuk kekalkan purchasing power dan spending serta tingkatkan aktiviti ekonomi. Namun perlu juga untuk periksa pengiraan cukai anda.

Alumni DIY360 tahu cara optimumkan cukai. Jika gaji anda antara RM3,000-RM5,000, untuk anda spend RM2,500 semata-mata untuk relief cukai mungkin tak berbaloi.

Kenapa?

Kerana anda perlu spend RM2,500 untuk relief cukai yang hanya mungkin RM10. Whattt? Belanja RM2,500 untuk jimat RM10? Tak masuk akal kan.

Namun kalau memang anda dah belanja, claim sahajalah relief tu. Ini kalau sengaja spend untuk konon tolak cukai. Kena kira dahulu berbaloi ataupun tidak. Kalau dahulu ada yang belanja RM1,000 untuk buku yang konon nak baca.

Rujuk rajah 5. Ini berdasarkan tolakan asas sahaja. Belum lagi tolakan anak dan sebagainya.


6) Baucar buku diganti dengan kad debit bernilai RM250. Ini untuk pelajar. Tak tahulah kalau ada yang nak jual kad debit ni dan ada pula nak beli. Nasihat saya, gunakanlah sebaiknya untuk PEMBELAJARAN anda.

7) Diskaun bagi menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik bermula dari 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017:

a. •15% atas baki hutang bagi penyelesaian penuh

b. •10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran

c. •10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik

Ya buat peminjam peminjam sekalian. Ambil peluang ini untuk bayar hutang anda segera. 15% cukup tinggi untuk lumpsum.

Cubalah rekki mana-mana simpanan yang ada kalau nak terus tanpa pening kepala. Kalaupun rasa ujrah tu very low, takpa buat penstrukturan dengan potong gaji atau direct debit, dapat juga 10% discount.

8) Penjawat awam dapat pinjaman untuk smartphone dan komputer setiap 3 tahun. Bagus ke tidak? Personal to improve spending maybe positive. Tapi kalau berhutang beli liabiliti, saya nasihatkan tak payahlah. Kalau betul untuk buat kerja macam komputer tu mungkin ok, tapi kumpullah duit.

9) Had kelayakan rumah untuk penjawat awam. Ok, gaji pun steady, cash flow pun cantik. Sebat jer lah. Sampai 750k tu.

10) Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam. Duit percuma ni kalau boleh bawak-bawak lah simpan. Hehhehe..

11) Pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk peralatan penyusuan bayi (2 tahun sekali) dan RM1,000 untuk anak 6 tahun ke bawah untuk pusat asuhan kanak kanak.

Yang ni memang wow. Mantop sekali. So bolehlah tambah anak tahun depan. Hihi..

Ok rasanya setakat tu dulu poin yang berkait dengan kewangan peribadi anda. Yang lain mungkin tiada kesan sangat, lebih kepada keusahawanan, dan peringkat negara.

Ok, apa lagi, bagilah komen komen membina. Mana tahu saya ada terlepas, kita kayakan posting ini sama sama.

Dan jangan lupa share sekencang-kencangnya.

#DIY360FinancialFreedom
#BijakKewangan
#TipsKewangan

Alwi Adam

Artikel ini telah diambil daripada Facebook Alwi Adam.
loading...

0 Response to "Ulasan Pakar Kewangan Mengenai Bajet 2017 ke atas Perancangan dan Impak Kewangan Individu"

Post a Comment