5 Nasi Ayam Goreng Kunyit Terbaik di Kuala Lumpur Yang Anda Perlu Cuba

Kadang-kadang makanan yang simple, digoreng panas dah cukup buat kita kenyang! Yup, nasi ayam goreng kunyit.. dengar pun dah terliur! So, kali ni admin nak share Top 5 nasi ayam kunyit yang korang kena cuba di Kuala Lumpur! Yummeyhhh! 😀


1. Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit
Sebut je nasi ayam goreng kunyit, memang Mat Rock berjaya tambat hati ramai orang. Bukan setakat ada banyak cawangan, tapi Mat Rock siap ada perkhidmatan delivery tau!





Lokasi: Mempunyai banyak cawangan. Salah satunya berhadapan dengan Kedutaan Australia, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat / 11AM-6PM
No Tel: 1-300-88-5800
2. Ayam Kunyit King
Bisnes yang diusahakan oleh bekas pelajar kulinari UiTM ini berjaya tarik perhatian orang ramai terutamanya yang bekerja di kawasan berdekatan. Ada yang nak rasa air tangan anak muda ni? Make sure datang awal kalau taknak beratur panjang. Yup, belum pukul 12 tengahari pun orang dah ramai tunggu.





Lokasi: Lorong Changkat Perak, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin-Jumaat / 11.30AM-2PM
No Tel: 017-6665157
3. Ayam Goreng Kunyit Terbaik Bangsar Utama
Pemilik bisnes ini memang bijak memilih kawasan yang dikelilingi dengan bangunan pejabat. Orang ramai tidak pedulikan barisan yang panjang, mereka sanggup beratur untuk dapatkan ayam kunyit ini. Kalau nak tau, kena lah cuba rasa!










Kredit gambar: MohdZarin.com
Lokasi: 8, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat / 11AM-5PM

4. Azhar Station Special Nasi Ayam Goreng Kunyit
Bisnes ini sudah beroperasi sejak 2012 (atau mungkin lebih lama) lagi dan masih menjadi pilihan ramai. Mesti ada sebab kan? Kalau tak, takkan masih ramai sanggup beratur panjang (ada yang datang dari tempat lain).





Lokasi: 3-5, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat / 11AM-6PM
No Tel: 019-2669544

5. Ayam Goreng Kunyit Meletops @ PNB Darby Park Food Court
Berbeza dengan yang lain, bisnes ayam kunyit ini dibuka di food court. TETAPI tetap ramai yang datang dan setiap hari orang sanggup beratur panjang.




Lokasi: PNB Darby Park, 175, Jalan Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat / 8AM-6PM
No Tel: 03 74903333
Tak terliur ke? Apa tunggu lagi, pergi lah serbu. Gerenti takkan menyesal. You’re welcome! 😀
P/S: SEMUA DITANGGUNG HALAL

0 Response to "5 Nasi Ayam Goreng Kunyit Terbaik di Kuala Lumpur Yang Anda Perlu Cuba"

Post a Comment