Kisah Perfume Dalam Kereta, Kalau Dashboard Kereta Rosak Apatah Lagi Kalau hidu

loading...

Kisah perfume tumpah dalam kereta

Ada reader bertanya berkenaan hal ini.
1) Yang tumpah tersebut adalah perfume. Sepertimana kita tahu, pelarut yang ada dalam perfume adalah alkohol. Kebiasaannya alkohol yang digunakan adalah ethanol.
2) Dashboard kereta diperbuat daripada polimer (plastik) yang dipanggil acrylonitrile butadiene styrene (ABS). Setiap polimer mempunyai keterlarutan yang berbeza terhadap pelarut yang berbeza.
3) Dalam kes di atas, dashboard kelihatan seakan terkakis (note : bukan terhakis sebab terhakis tu macam lereng bukit kalau hujan lebat tu) sebab terlarut sedikit dengan alkohol. Mengapa? Kerana bahan ABS adalah mempunyai rintangan yang lemah (poor resistance) terhadap alkohol. (http://www.rtpcompany.com/technical-in…/chemical-resistance/)
4) Larutnya polimer dalam pelarutnya ni bukanlah exactly macam larut gula dalam air teh. Kalau pelarutnya sikit, maka jadilah seperti kes dashboard di atas. Kalau pelarutnya banyak, maka polimer tersebut akan mengembang (betul ke tidak istilah ni sebab English sebut ‘swollen’). Kalau betul-betul banyak pelarut, maka barulah jadi macam gula dalam air teh.
5) Oleh itu, perkaitan antara health hazard dengan kes dashboard ni adalah tidak tepat. Pelarut tersebut memberi kesan terhadap dashboard, tapi semestinya tidak memberi kesan kalau terkena tangan. Satu lagi, exposure secara inhalation (sedut) adalah tidak boleh disamakan dengan exposure secara dermal (kulit).
Selalu pegang minyak tanah dengan tangan?
loading...

2 Responses to "Kisah Perfume Dalam Kereta, Kalau Dashboard Kereta Rosak Apatah Lagi Kalau hidu"

  1. Replies
    1. mcm mana nak hilangkan kesan perfume kereta yg tertumpah pd dashboard

      Delete