Syarikat Komik Tora Aman Ditutup, Komik Doraemon, Dektektif Conan Dilelong.

loading...
Sebuah syarikat tempatan, Tora Aman yang menterjemahkan komik-komik Jepun kepada Bahasa Melayu akan ditutup buat selama-lamanya. 

Ia dilaporkan menerusi Facebook rasmi mereka Tora Aman pada 6 April lepas. Sebelum ini syarikat Comics House juga ditutup kerana ledakan zaman internet yang menyebabkan jualan komik-komik terjemahan mereka 'tidak laku' di pasaran tempatan memandangkan orang kini lebih suka membaca secara online.

Selamat tinggal peminat komik Doraemon!


Jualan lelong komik seperti Doraemon dan Conan akan bermula pada 11 April ini dengan harga discount sebanyak 50%. Murah bukan?

Peminat boleh mendapatkan komik-komik itu di lokasi; KLK Press Sdn Bhd, No 9 Jalan BK 1/18, Kinrara Industrial Park, Bandar Kinrara, 47100 Puchong Selangor bermula jam 9 pagi.

Selepas diumumkan akan menamatkan operasi, syarikat tersebut menerima ramai pelawat secara tiba-tiba bagi mendapatkan koleksi kesukaan komik masing-masing. Menurut wakil Tora Aman, bagi yang tinggal jauh tetap boleh membeli komik-komik tersebut secara pos dan pesanan boleh dibuat dengan nombor 017-6735909.

Tora Aman mula beroperasi pada tahun 1993 dan ketika itu ramai yang membesar dengan membaca komik-komik terbitan Jepun versi Bahasa Melayu dari Comics House dan Tora Aman seperti Doraemon, Slam Dunk, Dragon Ball, Conan, serta Great Teacher Onizuka. Tanpa dua syarikat ini maka tiada la komik-komik Bahasa Melayu di pasaran pada ketika itu.

Gambar Oleh Husna Yang Tular Di Sosial Media
Sememangnya agak sukar untuk syarikat-syarikat ini bersaing dengan kos operasi yang semakin meningkat namun perlu kekalkan harga jualan yang murah agar senang dibeli oleh peminat-peminat setia mereka. 

Untuk dijual serendah rm5.90 per komik, Tora Aman perlu mencetak paling kurang 5,000 komik bagi satu-satu keluaran. Bayangkan jika jualan mereka merundum, berapakah pula kerugian yang perlu ditanggung? Komik-komik seperti ini sangat laris pada tahun 90an kerana anak muda pada masa itu tiada hiburan seperti internet pada masakini. 

Dengan penutupan syarikat ini, nampak gayanya ia akan menjadi satu sejarah yang sangat berharga buat kami yang pernah membesar dengan komik-komik Doraemon dan Conan. Selamat tinggal, Tora Aman.
loading...

0 Response to "Syarikat Komik Tora Aman Ditutup, Komik Doraemon, Dektektif Conan Dilelong. "

Post a Comment