loading...
berikut antara kandungan info yang dikongsikan
Sekadar pemberitahuan!!!
The Star bertarikh 24 September 2012 mukasurat 22 melaporkan bahawa pemilik PELITA NASI KANDAR, DATUK D.RAMESH melakukan pecah tanah untuk pembinaan sebuah kuil...
Dengan kata lain, pemilik PELITA NASI KANDAR adalah seorang HINDU....
Hasil jualan daripada PELITA NASI KANDAR telah digunakan untuk pembinaan KUIL HINDU.
BERSUBAHAT maknanya bagi orang Islam yang selama ini makan dan minum di PELITA NASI KANDAR....
Memandangkan pemilik dan tujuannya telah diketahui, mulai saat ini, tidak perlulah lagi kita pekena atau menjamu selera di mana-mana premis PELITA NASI KANDAR LAGI...
Yang mana sudah terlanjur dan menjadikan makanan serta minuman di PELITA NASI KANDAR sebagai darah daging, mohonlah taubat kepada Allah Taala kerana kejahilan dan kelekaan kita berusul periksa...
Masih banyak restoran milik umat Islam yang kita boleh pergi berbanding ke restoran-restoran sebegini.
Moga-moga kita diampunkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun....
daripada info yang di kongsikan diatas admin tertarik 1 komen yang panjang lebar tentang penjelasan mengenai Restoran Nasi Kandar Pelita berikut komen beliau
Assalamualaikum
Nasi Kandar Pelita atau Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. adalah sebuah syarikat yang berdaftar. Nombor pendaftaran syarikat 481477-P. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1994. Kini terdapat 7 (tujuh) orang pemegang saham (rakan kongsi). Enam daripadanya Muslim dan seorang India (belum Islam).
Saya Ustaz Shamsuri bin Ahmad adalah salah seorang daripada rakan kongsi dan pemegang saham syarikat ini. Buat masa ini saya telah dipilih sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat ini.
Untuk makluman semua,
Pada zaman awal penubuhan syarikat ini, tidak banyak isu yang ditimbulkan. Tetapi isu yang berbagai-bagai mula timbul apabila syarikat ini mula berkembang dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Apakah motif sebenar di sebalik isu-isu yang ditimbulkan itu hanya Allah yang mengetahui.
Isu taukeh Hindu, ayam tidak disembelih dan sebagainya telah menjadi isu yang paling hangat diperkatakan dan digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu. Cara isu-isu ini dibangkitkan sangat menarik dan kadang-kala kelihatan “macam cerita benar”. Manakala pencetus isu dan pencipta fitnah ini pula menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab dan sangat amanah terhadap Allah. Maka sudah pastilah akan ada orang yang terpanggil untuk mengembangkan fitnah ini atas rasa tanggungjawab terhadap agama.
Saya sebagai seorang yang berpendidikan agama (Islamic Scholar), apatah lagi seorang yang terlibat secara langsung dalam medan dakwah. Memberi kuliah-kuliah pengajian, lebih-lebih lagi kaset-kaset kuliah pengajian saya bertebaran di sana sini, sudah tentulah saya amat faham tentang hukum haram halal dan tentu tidak akan berkompromi dalam hal yang seumpama ini.
Saudara-saudara,
Izinkan saya membuat sedikit penjelasan.
1. Islam tidak pernah melarang umat Islam berkongsi niaga dengan bukan Islam. Tidak ada satu nas Al-Quran atau hadis nabi yang menyatakan larangan terhadap perkara tersebut. Bermakna dari segi agama seorang Muslim boleh menjadikan bukan Islam sebagai rakan kongsi dalam perniagaan. Di Pelita Nasi Kandar, rakan kongsi yang belum Islam ini ditugaskan sebagai Pengurus Akaun, sesuai dengan kebolehannya.
Setidak-tidaknya di Pelita nasi Kandar, saya sebagai salah seorang rakan kongsi (bukannya makan gaji) sentiasa mengawasi perkara-perkara ini.
Untuk makluman saudara-saudara juga, Pelita Nasi Kandar kini mempunyai pekerja Muslim seramai lebih kurang 800 orang. Daripada jumlah itu terdapat 5 orang yang hafaz Al-Quran. Kebanyakan daripada mereka adalah pekerja dari India yang kita semua maklum tentang kemiskinan dan kedhaifan hidup mereka.
Kami di Pelita Nasi Kandar sangat bersyukur kepada Allah kerana kami dapat membantu mereka. Pendapatan yang seorang pekerja perolehi dapat menyara dan memberi makan kepada beberapa ramai ahli keluarganya di India. Semoga Allah menerima amal kebaikan yang sedikit ini sebagai satu amal baik di sisi-Nya.
2. Untuk memastikan kebersihan dan kehalalan serta menghapuskan keraguan, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. telah menubuhkan anak syarikatnya Ayam Pelita Sdn.Bhd. Nombor pendaftaran 554846-A untuk menguruskan soal pemerosesan ayam.
Pelita Nasi Kandar adalah satu-satunya rangkaian nasi kandar yang mempunyai pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam sendiri. Kita menerima ayam hidup daripada pembekal kita iaitu Maju Ayam Sdn.Bhd. dan penyembelihan serta pemprosesan dilakukan sendiri oleh pekerja-pekerja kita.
Proses ini dilakukan mengikut kaedah dan kehendak Syarak sepenuhnya. Sohibus Samahah Dato’ Mufti Pulau Pinang Dato’ Haji Hasan Haji Ahmad dan rombongan daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah dijemput untuk melawat, melihat[truncated by WhatsApp]
apa komen anda pula? nanti boleh la tanya ustaz hukum orang islam makan direstoran bukan islam kemudian keuntungannya digunakan untuk membuat kuil.sebelum anda komen bukan-bukan lebih baik tanya ustaz dulu tentang isu ini.
loading...
Masalahnya knp spi tok sami buat upacara spi ke restoran, xrujuk ke kpd 6 org pemegang saham sykt?
ReplyDeleteItu 2 gambar yang berlainan la bodoh
DeleteSebagai share holder... duit yang dia dapat dia nak bina kuil... apa salah? Kalau duit orang islam (walaupun bukan semua pengunjung orang uslam) mesti digunakan untuk orang islam saja, peniaga yang jual babi... cukai yang dibayar tu macam mana? Jangan kutip gst / cukai la... boleh ker? Sial betul la... semua nak perkauman. Tenaga yang dibazirkan untuk perkauman ini kalau diguna untuk buat perniagaan... da lama jadi jutawaan. Tak payah dengki kat orang lain.
ReplyDeleteSaya suka makan nasi lemak..lontong..mee rebus..dan banyak makanan Melayu yang sedap..saya juga suka makanan cina tanpa babi..apa salahnya makan dinasi kandar ini...kalau dia bina kuil tapalah..itu untuk berbuat baik agama yang dikutinya..saya pergi makan di kedai orang Melayu saya pun nampak ada tabung untuk membantu pembinaan masjid..saya pun ada masukkan Wang Baki saya...bagi saya ini untuk kebaikan orang..jangan tengok semua ini..mereka memang beli daging ayam daripada orang Islam..wahai warga malaysia janganlah memecah belahkan diantara kita yang Sudah mempunyai banyak rekahan ..kalau anda pergi negera luar adakah anda akan berkelakuan seperti ini?..semua agama hanya mengajar umatnya berkelakuan baik dan hidup aman dan damai..hanya manusia yang putar belitkan ajaranya..jika batu jatuh dari langit kita semua akan mati tak kira siapa..ingat
ReplyDeleteHaha..terbaik saudara Ragu
ReplyDelete