loading...
AYER KEROH – “Sedih tengok Zoo Melaka,” demikian luahan Norashikin Ahmad yang baru-baru ini berkunjung ke zoo berkenaan.
Luahan kekecewaan itu dimuat naik ke laman Facebook, mendapat 577 shares dan pelbagai reaksi netizen.
“Rakan-rakan, saya nak minta tolong rakan-rakan yang berada di area Melaka atau yang berdekatan Melaka untuk datang melawat haiwan di Zoo Melaka. Kasihan haiwan-haiwan di sana. Tak ramai pengunjung yang datang melawat mereka.
[BACA: Inilah Penjagaan Gearbox Yang Ramai Tak Tahu !!]
“Bila tak ada yang datang, tak ada yang beli tiket. Bila tak ada yang beli tiket, pihak zoo kekurangan peruntukan untuk menambah baik pulih zoo. Kos untuk memberi makanan pada binatang-binatang di sini juga semakin berkurangan. Kemungkinan ada haiwan yang tak cukup makan,” katanya.
Menurut Mashi Mas Lee, kerajaan negeri telah menjual Zoo Melaka kepada seorang ahli perniagaan berasal dari Singapura pada 2012.
“Selepas diswastakan pun, masih ramai pengunjung. Tetapi pemilik barunya seperti tiada minat untuk menghargai pengunjung yang datang ke zoo.
“Selain dari harga tiket yang mahal, haiwan semua tak ada. Tulis renovate, bertahun berganti tahun tak siap-siap juga. Itu yang menyebabkan tiada pengunjung yang berminat datang. Mungkin pemilik baru itu lebih berminat menjadikan zoo itu sebagai hotel atau taman tema,” katanya yang juga mendapat maklumat dari rakannya yang pernah berkerja di zoo tersebut.
Bagi Mashe Kakashi Shema, Zoo Melaka yang kini jauh berbeza berbanding dahulu yang banyak haiwan dan harga tiketnya juga murah.
“Maaf cakap, dulu Zoo Melaka tak macam ni, banyak haiwan. Sekarang ni haiwan sikit, tiket pula mahal. Kawasan banyak semak, sangkar burung pun banyak tutup. Kawasan di tepi tasik itu lagilah. Kawasan baru area jambatan itu pun tak banyak haiwan,” katanya.
Justeru, Norashikin menyeru orang ramai datang melawat haiwan-haiwan di zoo tersebut bagi menyokong zoo tempatan, secara tidak langsung dapat membantu menambah pendapatan zoo itu demi kebajikan haiwan-haiwan yang ada.
“Cikgu-cikgu, lecturer, IPT boleh buat program volunteer di zoo untuk tolong bersihkan kawasan sekitar zoo. Saya upkan post ini sebab nak sokong zoo Melaka,” katanya.
loading...
0 Response to "Menyesal Bercuti Di Sini, “Sedih Tengok Zoo Melaka” – Luahan Kecewa Wanita Ini"
Post a Comment