Sultan Johor titah isytihar cuti peristiwa jika JDT menang

loading...



JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor pada esok jika pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini. 


Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan sendiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi. "Selepas berbincang bersama Menteri Besar Johor, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa (tiada cuti ganti). "Tuanku juga sudah menitahkan untuk Johor cuti peristiwa sebentar tadi jika pasukan JDT menjuarai perlawanan malam ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


loading...

0 Response to "Sultan Johor titah isytihar cuti peristiwa jika JDT menang"

Post a Comment