"Kalau kita isteri yang baik, tengok suami pegang penyapu pun dah rasa bersalah"

loading...

Seorang wanita meluahkan pendapatnya mengenai tanggungjawab seorang isteri dalam menguruskan hal rumahtangga yang tidak perlu dipersoalkan.




Apa yang menjadi persoalan adalah tindakan wanita ini yang dilihat sangat memanjakan suaminya sehingga tidak sanggup melihat suaminya melakukan kerja-kerja rumah.

“Adik ni baru kahwin. Masih honeymoon.”

Berikut merupakan kenyataan Cik Ateen Azlan.

"Kalau kita isteri yang baik, tengok suami pegang penyapu pun dah rasa bersalah"

Kenyataannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju ada juga yang tidak.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook, D Nurul Laila Hany meluahkan jawapan balasnya terhadap kenyataan wanita itu.

Jom baca jawapan balas buat Cik Ateen Azlan.

Adik ni baru kawen. Masih mood honeymoon. Belum ada anak lagi.. and duduk rumah jer tak kerja. Kalau tak silap saya lah. Sebab tu yg dia tulis dekat status dia yg baru pasal rumah tu..

kita dulu mula2 kawen pon mcm adik ni.. rasanya semua wanita sama mcm adik ni. mmg seronok buat keje semua sorang2... Kesian dekat suami kalau balik keje nak kena pegang penyapu. Asben tak tolong pon takpe.

Tapi kan dik, akak ni, bila masuk jer anak 2, huru hara dikkkk... serius... nak makan pon tak sempat. Nak terlelap sekejap pon susah... nak berak pon anak dah meraung2 kat luar toilet... adik lom rasa lagi kan?.

Akak doakan adik ni cecepat dikurniakan anak inshaAllah. Izin Allah.

Masa tu lah, tanggungjawab suami ni penting. Sgt2 penting toleransi dalam rumahtangga... kalau suami dah biasa terMANJA dgn isteri, dia akan buat taktau jer keje rumahtangga.. sungguh. Tak tipu.
Ramai yg berlaku depan mata.. tapi kalau sama2 buat, isteri tak penat, isteri tak masam muka, nak layan suami pon happy je memanjang.. sebab tu Allah letak tanggungjawab rumahtangga pada suami dik. Sebab WANITA DIKUASAI EMOSI & MUDAH KELETIHAN.. tu Nabi dah kata. Allah dah jadikan SUAMI ISTERI tu memerlukan antara 1 sama lain.. manjakan suami ada caranya... penting sgt2 toleransi...

Kalau dari cara adik ni tulis, SUAMI BERHAK UNTUK MEMILIH ISTERI YANG RAJIN, sesungguh ketahui lah, RAJIN TU PERLU SAMA2. Bukan SALAH SORANG dik... Isteri tak boleh malas. Suami pon tak boleh Malas... Statement adik terlalu berat sebelah untuk kami isteri2 dan ibu2 .
Apatah lagi isteri2 yg sama2 bekerja mencari nafkah dalam rumahtangga. Allahurabbi... asal tak masak, asal baju cuci seminggu sekali, asal rumah bersepah dah COP ISTERI PEMALAS. Dah nak cari perempuan lain. Agak2 lah... Masing2 ada pro & cons. Menerima dan memberi... kena anak 4,5 org semua kecik2, baru kemas, berkembur balik.. haishh.

Xyah cakap banyak2 la.. doa adik ni tabah lalui hari2 mendatang dgn cabaran yg lebih hebat... semoga Allah kurniakan zuriat buat adik Atenn.. aminnn mudah2an...

Persoalannya, anda di pihak yang mana?
loading...

14 Responses to ""Kalau kita isteri yang baik, tengok suami pegang penyapu pun dah rasa bersalah""

  1. Org dulu2 ank berbelas2 boleh je kemas umh

    ReplyDelete
  2. Kena sama2 la..isteri skrg pun ramai yg bekerja untuk tolong suami.. so tak salah kalau suami pun nk tolong isteri buat kerja rumah.. kerjasama penting dlm rumahtangga..

    ReplyDelete
  3. Sape Kate dulu berbelas boleh je kemas Rumah..si suami la yg membantu kemas rumah,anak2 masa kecik2 mcm bapak den..tu Nenek den pn atok den la yg nolong skali..Anak 13 kauu..pe cite..laki sekarang je banyak alasan..sibuk dgn hobi ntah pape..jgn malas2 Bini kau yg merana eh jang

    ReplyDelete
  4. Bila tgk pd gaya penulisan puan ni, nmpak sgt dgn jelas yg puan ni jenis ego tinggi melangit dan jenis tak hormat suami...semoga diberi hidayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sbb ego tinggi melangit rasenye..tp respon die pd status cik aten tu lebih pd emosi sbb xsetuju dgn pendapat cik aten tu.. ape yg puan ni tulis sume ni adalah realiti ye.. bab mane yg nmpk puan ni xhormat suami? rase xde nmpk pn.. pd yg xsetuju ape yg puan ni sampaikan, mmg akan ckp mcm tu la.. hakikat ape yg ditulis mmg logik.. bukan sekadar logik.. tp hakikat yg terjadi dlm rmh tangga..

      Delete
    2. Sebab tu jangan kahwin dengan perempuan negeri sembilan.. merana si suami... kecuali la masing2 org negeri takpe...

      Delete
    3. Apa kaitan kahwin dgn perempuan N.9? Saya sendiri org negeri. Husband org utara. Takde masalah pun. Isu kecil mcm ni pun masing2 nak bertekak. Benda mudah. Dalam hidup kena ada toleransi. Sama2 nak hidup. Sama2 nak bahagia. Apa salahnya saling membantu dan meringankan. Barulah harmoni keluarga. Realiti berumah tangga tu semudah abc ye semua.

      Delete
  5. Belajar sirah tak? Isteri2 Rasulullah s.a.w berebut nak khidmat pada suami mereka dan pernah juga Rasulullah s.a.w pulang kerumah waktu pagi then tanya A'aisyah ada apa untuk dimakan? A'aisyah tersipu-sipu menjawab tiada apa-apa​ utk dimakan, lalu Rasulullah jawab tak mengapa aku berpuasa sahaja hari ini....behtu puan nak cakap Rasulullah tak jalankan tanggungjawab ker? Kalo ikutkan fahaman puan Rasulullah kena la sediakan makanan dah tahu isteri tak masak buat apa nak bertanya A'aisyah r.a lagi? Then kenapa nabi berpuasa? Tanak sediakan makanan untuk isteri ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasulullah xnak susahkan isteri die.. tu sebenarnye.. pemikiran tu jgn terlalu dangkal sgt ye..

      Delete
    2. Kesimpulannya, jika dapat isteri yang rajin, jangan dilepaskan.. sayangi beliau sepenuh hati.. zaman sekarang bukan senang nak dapat isteri yang rajin... ada je jawapan bila suami suruh... isteri ni mudah je nak masuk syurga, taat pada suaminya selagi tak melanggar syariat agama...

      Delete
  6. Xyah gaduh.. Yg peting sama2 tolong n buat dgn iklas dan pasti akan temui kebahagian.. Klau asyik pikir tanggungjawab.. Byk lg tanggungjwb yg kita terlepas pandang.. Sory sbg pandangan pribadi

    ReplyDelete
  7. Baguslah tolong menolong tapi jangan menipu atas nama allah dan nabi..nak tanya satu aja tlg bagi hadis sahih dan ayat alquran memasak mengemas tugas suami,mmg tk dapat punya lepas tu mulalah tepekik terlolng ckp anti wanita hahahhahah bongok

    ReplyDelete
  8. setuju sangat...sekarang zaman suami isteri sama-sama bekerja...malam baru jejak rumah..kalu bukan suami yang membantu isteri, siapa lagi..anak kecil 2-3 orang merengek, suami pulak asyik dgn hp..isteri la kena handle..sama2 cari nafkah bantu keluarga, x salah jugak suami pon membantu dari segi pengurusan rumahtangga..kalau kita mampu buat semuanya, sikit pon kita takkan minta bantuan suami..

    ReplyDelete

  9. ibu bukan shj perlu rajin tp mesti bijak urus rumahtangga spy kita x penat sorang.
    sy bekerja, anak sy 6, yg last tu kembar lelaki,
    sy respect ibu bekerja dan kemudian urus rumahtangga,
    sy respect suri rumah yg kerja bersungguh-sungguh di rumah

    ingat, lelaki mmg nampak kehidupan mereka sempoi, tp akhirat nnt segala persoalan tanggungjawabnya sbg pemimpin adalah lebih berat hisabnya

    Allah maha adil

    ReplyDelete