loading...
HUKUM MENGGUNAKAN MESIN BASUH YANG SAMA DENGAN NON-MUSLIM?
Assalamualaikum Dr. Ustaz Rozaimi. Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non muslim...bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yg sama sahaja. Baru baru ni ada kenalan saya mengatakan ianya tidak boleh digunakan. Memandangkan saya di luar negara, sy sentiasa menggunakan mesin basuh tersebut..timbul rasa was2 dalam hati...adakah pakaian2 tersebut boleh dibawa solat?
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
1- Kami telah membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia satu mesej yang tidak patut disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan was-was yang banyak kepada umat Islam.
2- Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.
3- Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.
Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.
Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak etc. Adakah ini Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
4- Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.
فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ".
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ " . قَالَهَا ثَلاَثًا .
Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].
5- Penulis mesej itu jelas bukanlah orang yang faham tentang hukum-hakam feqh. Jauhilah daripada menyebarkan mesej-mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.
Wallahua'lam.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle
loading...
Jawapan no 5 seolah olah admin memandang rendah terhadap org yg bertanya..
ReplyDeleteSila edit..
Admin bukan maksudkan org yg bertanya. Tp isu yg diviralkan.
DeleteBukan admin.. itu jawapan ustaz tu berdasarkan soalannya. Tajuk artikel ni yg mengelirukan. "Ramai Memandang Rendah.." tapi jawapan berlawanan.. nak kontroversi jgn sampai menambahkan kekeliruan
DeleteHabis tu duit mcm mana? Duit ko nampak ke siapa owner nye? Dtg dari mana duit tu ko tau? Duit hasil jual BABI,jual ORGAN,jual ARAK ko tau ke? Duit haram kata korang..kita hidup kat dunia ni jgn jadi bodoh..kalau nak bodoh buat dunia sendiri,jgn biarlan org lain ikut bodoh ko tu..cilaka x habis..
ReplyDeleteBetul, saya sokong. Kawan saya seorang Cina yang jual nasi ayam dan nasi babi kata pihak penguatkuasa tak malu atau segan datang tiap tiap bulan untuk "pow" dia. Collection, katakan. Selepas pegang ayam tak sembelih dengan pegang babi yang haram tu dia buka laci ambik duit bagi penguatkuasa yang pergi kedai sebelah beli nasi lemak bungkus yang "halal" kemudian bagi makan anak bini dia. Bagus la tu.
DeleteYang nak marah sangat sampai melalut2 ni kenapa.. baca tak artikel tu?
Deletein before HALAL laundry services and shameless exploitation by religious idiots
ReplyDeleteUstaz,mcm mna plk,bg penyewa muslim,nak sewa rumah..al maklum lah rmai kt bandar (bandar yg saya duduk)ni pemilik non muslim..dah tu rumah flat jgk yg mmpu..
ReplyDeleteTajuk dia bahaya.. kerana mendatangkan perasaan was2 pada yg suka baca tajum jer
ReplyDeleteSetuju2..nasib baik sy bkak link n baca..sy seorang pengguna dobi yg sedang2 org kata..tp ade la segelintir meletakkn hukum sendiri n jd terlalu was2..mcm no. 4,suka memberat2kan...
Deletebacalah dulu bodohhhhhh.....ustaz ni x katapun x boleh....bangang...malas baca
ReplyDeleteOrg yg malas membaca, akan kekal jahil selamanya...
ReplyDeleteYg persoalkan laundry layan diri ni memang teruk betul pengetahuan basic islam elementary pun masih keliru. Soalan punya lah mendalam walhal hukum bersuci air lebih 2 kolah, tak ada bau rasa dan rupa najis pun boleh pertikai lagi. Ini tak perlu tanya ustaz patut budak sekolah rendah pun boleh jawab.
ReplyDeleteTajuk artikel ni dah menuju nak menyesatkan org. Untung bagi yang dapat bukak link ni. Kalau xleh bukan pasti mind set dorang letak hukum nya haram. Terima kasih ustaz rozaimi atas pencerahan yang ustaz beri dan kepada admin MEDIA HUB-M bertaubatlah.
ReplyDeleteWow, What an Outstanding post. I found this too much informatics. It is what I was seeking for. I would like to recommend you that please keep sharing such type of info.If possible, Thanks. yajna
ReplyDelete