loading...
Mesti ada kawan or mak ayah korang suruh korang belikan air mineral untuk dorang kan? Lepas tu diorang suruh korang cari air mineral penutup yang berwarna biru. Korang mesti pelik kan kenapa nak yang penutup warna biru? Padahal yang penutup warna putih pun sama je, air mineral juga.
Haa meh sini tengok apa perbezaan sebenarnya.
1. Penutup biru
Diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan kemudian dibotolkan. Haa baru boleh dilabelkan sebagai air mineral.
2. Penutup putih
Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa mejadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air itu hilang. Sebab tu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau “drinking water” dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru.
Haa so lepas ni korang takdelah tertanya-tanya kenapa orang suruh belikan air mineral yang berpenutup biru kan?
Sumber: Scriptersnews
loading...
0 Response to "Apa Beza Penutup Botol Air Warna Biru, Hijau dan Putih?"
Post a Comment