loading...
Masa aku buat Kelantan flood relief effort dengan Adi Hariez Nizam Mohamad Fyrus Ish Zulkarnain Ahamat Azizuddin Redzuan Lu Ally Hazran Hashim di Masjid Al Ikhlas SS3 pada tahun 2014 kami menggunakan dewan serbaguna dibawah dewan solat Masjid.
Pada ketika itu manpower yang bantu pack,sort,label barangan hanya kami dan kawan kawan. Tiba tiba barang datang berlori-lori dan kami takda manpower untuk uruskan barangan tersebut. Masa tu Muhamad Harris Nasril buat poster dan post di FB sejurus selepas itu , datang reinforcement berbondong2 untuk bantu dan reinforcement yang datang majority orang cina termasukla diri dia sendiri.
Semua bertungkus lumus mengejar masa disebabkan kami menggunakan private plane yang diuruskan oleh IMARET Jemaah masjid pada ketika itu lebih suka bising cina masuk masjid pakai seluar pendek (walaupun bawah lutut) dari menghulurkan tangan untuk bantu. Anak anak jemaah sibuk berBBQ di perkarangan Masjid kononnya plan BBQ tersebut sudah lama dibuat.
Sebuah kotak pun mereka tak bantu angkat. Lori yang datang adalah dari Patricksivachai Chai satu sen pun abang aku ni tak minta kerana rakan dia Navindran Juvarajah yang mintak bantuan dia dan beliau juga turut sama membantu kami. Seorang lagi yang sponsor lori adalah rakan baik Azizuddin.
Azuwan Abdullah datang dengan sekotak besar ubat batuk, Abdul Hafiz bawa rakan rakan dan barangan, Nurul Adni juga turut curi masa datang membantu dari Putrajaya. Eric Law datang dengan oral salt yang banyak sekali bilangan sachetnya.
Lewis Yue juga datang dengan barangan yang sama . Alice May juga amat memahami usaha kami. Dia duduk dirumah berseorangan walaupun pada ketika itu dia sedang mengandung anak kami. orang Melayu Islam kena ingat satu perkara .
Orang bukan Islam kebanyakkan nya lebih peka terhadap perkara-perkara sebegini berbanding dengan kita walaupun mangsa banjir adalah dari golongan org Melayu Islam Orang Malaysia suka bertengkar dan bergaduh hal politik dan agama tetapi apabila sesuatu musibah atau bencana terjadi semua bangsa dan agama bersatu menghulurkan bantuan .
Walaubagaimanapun , Aku tetap kecewa dengan jemaah Masjid Al Ikhlas SS3 Petaling Jaya
Sumber : Ahmed Natasha
loading...
0 Response to "Bantuan Banjir : Orang Cina Sibuk Tolong Pack barang Manakala Orang masjid Sibuk BBQ"
Post a Comment