Tiada cuti jika JDT menang - Setiausaha Kerajaan Negeri

loading...


JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri tidak akan mengisytiharkan cuti walaupun pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) memenangi perlawanan akhir Piala FA menentang PKNS FC, malam ini. 

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi BH, hari ini. Katanya, tiada sebarang pengumuman cuti sebaliknya hanya ganjaran akan diberikan kepada pemain pasukan JDT jika berjaya memenangi perlawanan itu. 


"Bagaimanapun, kerajaan negeri masih belum menetapkan jumlah ganjaran yang akan diberikan kepada pemain dan akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya. Perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan itu akan berlangsung di Stadium Shah Alam, malam ini. JDT muncul naib juara Piala FA pada 2013 selepas tewas 0-1 kepada Kelantan di final di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pasukan dari selatan tanah air itu pernah muncul juara Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II).

Sumber

loading...

0 Response to "Tiada cuti jika JDT menang - Setiausaha Kerajaan Negeri "

Post a Comment