Bayi Lahir Ada Kalimah Allah

loading...

KISAH seorang bayi meninggal dunia 20 minit selepas dilahirkan di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Ini berikutan, bayi istimewa ini dilahirkan dengan telinga kiri ada bentuk kalimah Allah SWT, manakala bahagian sisi punggungnya mempunyai tanda lahir berwarna merah tertera tulisan jawi ‘Bismmi’ iaitu separuh daripada perkataan, Bismillah.

Menurut Harian Metro, bayi tersebut meninggal dunia di Hospital Gua Musang, kira-kira 12.45 tengah hari, pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, ibu bayi istimewa itu, Mariani Ramli, 31, percaya apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya meskipun terasa sedih dengan permergian anaknya itu.

“Dia (anak) istimewa walau dilahirkan pada usia kandungan lapan bulan, tanpa sebelah kaki dan tiada jantina (tidak membentuk).

“Kami reda kehilangannya kerana dia sudah tinggalkan sesuatu yang ‘bermakna’ untuk kami. Dia seperti senyum ketika memandang kami sebelum pergi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lembaga, Gua Mudang.

Tanda istimewa pada bayi itu disedari pada mulanya oleh bapanya, Zahairuddin Adnan, 36, yang ketika itu memeriksa tubuh anaknya.

Bayi ini merupakan anak bongsu kepada empat adik beradik.

Difahamkan, sebelum ini, Mariani sudah dimaklumkan oleh doktor bahawa bayi yang bakal dilahirkan cacat ketika usia kandungan berusia empat bulan. 
loading...

0 Response to "Bayi Lahir Ada Kalimah Allah"

Post a Comment