loading...
Kepada semua rakan muka buku aku yang masih lg berhutang dgn Ptptn.. Jangan percaya dengan website ni. Pengalaman aku ni br jer berlaku hari khamis lepas..
Aku dh buat pengeluaran dari akaun kedua kwsp untuk membayar hutang ptptn pada 7/10/2016.. Aku dah dapat surat dari ptptn bertarikh 10/10/2016 menyatakan permohonan aku berjaya.. Then aku check dgn ptptn duit tu mmg dh masuk dalam akaun Ptptn.. Tapi hutang aku masih ade outstanding rm2k ++. So aku ingat aku akan settle kan dalam masa terdekat la sbb duit dlm akaun kedua kwsp aku x cukup untuk membayar jumlah sebenar yang aku patut bayar ke Ptptn.
Aku dah buat semakan seperti gmbr yg aku attach kan ni. Semuanya tiada halangan & aku bukan dalam senarai blacklist.. Dengan confident aku nk fly ke Brunei tanpa ragu2.. Tapi...last week aku ditahan oleh Imigresen di KLIA2 kerana nama aku dalam senarai hitam Ptptn.. Mase tu mmg dah boarding time.. Can u imagine that?? Mmg kelam kabut x yah nk crite la kan..
Kul 6 pagi Imigresen soh aku call ptptn untuk settle kan masalah aku tu.. Berkali2 call x angkat.. Maklumla nk kejutkan org ptptn tgh tdo.. Alhamdulillah Allah masih bg aku peluang & rezeki.. Kwn aku yg tolong jgk call kan tu ade laa staff ptptn yang angkat. Cik Otie thanks to u.
"How to settle?? U must pay now using online banking then I will release u to fly"
ko rase?? Aku ade masa setgh jam lg sblm flight aku berlps.. Dlm pala otak dh pk mcm2.. Kalo sesiapa yg biasa dgn KLIA2.. Dari tmpt biometrik check passport tu ke kapal terbang yg menunggu aku tu tersgt la jauh perjalanannye.
So dgn janji aku akan langsaikan semua outstanding dlm mggu pertama bulan 11, Alhamdulillah pegawai Ptptn tu bukak pengaktifan nama aku dlm masa sejam utk aku lps dr Imigresen kuar dari Malaysia.
Lps penat berlari ke kapal terbang tu aku berjaya jgk fly ke Brunei..
Aku pun dh selamat smp ke Malaysia pun..
So moral of the story.. Bila Dah byr ptptn tu sila la ke ptptn soh diorg clearkan btol2 nama ko.. Sile check nama ko blacklist ke ccris ke x dgn cawangan ptptn.. Jgn percaya website ni seperti aku yg dh tertipu ni. Nyesal x gi clearkan nama dgn ptptn..
Kepada sesiapa yang masih belum bayar lg ptptn sila la byr sebelum dia menyusahkan ko.. Skrg ade diskaun 10-15%.
Sekian.
P/s: Nama kite bole d bersihkan bila kite byr sekurang2nya separuh dari outstanding amount taww.
loading...
0 Response to "Kepada mereka Yang Berhutang Dengan PTPTN. Jangan Percaya Dengan Website Imigresen Ini"
Post a Comment