Menteri: Tahan wartawan ABC PM diculik

loading...
Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata keselamatan adalah penting terutama wujudnya cubaan untuk menculik pemimpin tertinggi negara, termasuk perdana menteri. 



Krew agensi media Australia ABC Four Corners ditahan di Malaysia semasa melaporkan “isu politik tempatan” kata syarikat itu, lapor The Sydney Morning Herald (SMH).

ABC bagaimanapun masih belum mengesahkan siapa yang ditahan tetapi dipercayai wartawan Linton Besser dan jurukamera ditahan dan dibebaskan beberapa jam selepas menghadiri sidang media di Malaysia.

“Mereka tidak didakwa dengan sebarang kesalahan,” kata jurucakap ABC seperti dilaporkan SMH.



Penerbit Eksekutif ABC Four Corners Sally Neighbour menulis di Twitter, kedua-dua wartawan itu ditahan selepas bertanya soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching semalam.

Wartawan tersebut berlepas ke Kuching pada hari sebelumnya dan mahu bertanyakan soalan kepada Najib mengenai dakwaan wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sewaktu perdana menteri mengunjungi Kampung Haji Baki.

Bagaimanapun, Najib tidak menjawab pertanyaan wartawan itu dan pasukan keselamatan kemudiannya meminta mereka beredar.

Mereka kemudiannya kembali ke hotel penginapan tetapi sepasukan anggota polis dari Kota Sentosa melakukan tangkapan tidak lama kemudian.

Kakitangan kedutaan Australia di Kuching melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes penahanan itu.

Mereka di siasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam yang melakukan urusan rasmi.

Hukuman, sekiranya didapati bersalah, ialah 2 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum berlepas ke Kuching, kedua-dua wartawan warga Australia itu membuat liputan sidang media A Santamil Selvi, balu kepada penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M M Sree Shunmugan berkata, kedua-dua wartawan yang didakwa menghalang penjawat awam sedang bertugas, dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi selepas keterangan diambil.

Kumar berkata, mereka melangkaui garis keselamatan dan agresif ketika cuba menghampiri Najib yang melawat Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa, pada kira-kira 8:35 malam.

"Kedua-dua mereka kemudiannya ditangkap kerana gagal mematuhi arahan polis untuk tidak melangkaui garisan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedua-dua wartawan itu, yang berumur 51 dan 39 tahun, dibawa ke Balai Polis Daerah Padawan untuk disoal siasat.

Mereka tiba di Malaysia pada 5 Mac dan di Kuching pada 12 Mac untuk membuat liputan lawatan rasmi perdana menteri ke Sarawak.

Bagaimanapun kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dinafikan Peguam mereka..

Dua wartawan agensi media Australia ABC Four Corners yang ditahan pihak polis di Kuching semalam menafikan sebarang salah laku, kata peguam mereka Albert Tang.

"Mereka hanya menjalankan tugas mereka dan bertanya kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) soalan. Mereka berhenti berbuat demikian apabila diarahkan.

"Mereka menafikan sebarang tuduhan menghalang sesiapa dan tidak ada garis keselamatan," kata Tang kepada The Malaysian Insider.

Sally Neighbour, penerbit eksekutif program itu berkata di Twitter, kakitangan mereka ditahan "selepas cuba menyoal perdana menteri tentang skandal rasuah."

Wartawan itu merupakan Linton Besser, 39, dan Louis Eroglu, 51 - cuba mendekati Najib yang dalam lawatan rasmi ke Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa, pada kira-kira 8:35 malam tadi.

Tang berkata, wartawan itu bertanya kepada Najib, tetapi beliau tidak mengetahui apakah soalannya

Tang berkata beliau dihubungi Konsular Australia sekitar 11 malam untuk membantu kedua-dua mereka yang ditahan pihak polis di hotel sebelum ini.

"Mereka memberi kerjasama yang sangat baik dengan pihak polis," kata Tang.

Besser dan Eroglu dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 3 pagi selepas keterangan mereka diambil.

Pasport mereka dirampas sementara menunggu siasatan polis dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis pada 16 Mac lapor The Malaysian Insider

Persoalannya... jika dikatakan wartawan itu  melangkaui garis keselamatan dan agresif ketika cuba menghampiri Najib.. kenapa mereka ditahan hanya setelah mereka balik ke Hotel?

Sepatutnya sebagai langkah keselamatan.. wartawan-wartawan itu perlu ditahan sejurus berkelakuan sedemikian bukannya setelah berkelakuan sedemikian..


Bodyguard Najib yang ada tujuh atau lapan orang tu buat apa?.. kenapa mereka tidak bertindak sewaktu kejadia?.. takkan depa tidur kot?.. 
loading...

0 Response to "Menteri: Tahan wartawan ABC PM diculik"

Post a Comment