Perbandingan Antara Takaful dan Insurans Konvensional Menurut Islam

loading...



Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?


Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.


Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.


Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

a) Tabarru' dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.


Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).


Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-


Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
  * Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Demikian penerangan ringkas saya.


Ust Zaharuddin Abd Rahman

Ramai orang mempunyai salah tanggapan tentang Takaful iaitu mereka merasakan Takaful adalah versi Islam untuk insurans konvensional, dan kerana itu ianya  hanya menghadkan pesertanya melalui agama. Akan tetapi, yang sebenarnya, bukan sahaja Takaful ditawarkan kepada sesiapa sahaja tidak mengira agama atau fahaman, ianya adalah alat pengurusan kewangan yang berbeza dalam beberapa aspek apabila dibandingkan dengan insurans konvensional. Jika digunakan dengan bijak, Takaful boleh membawa kepada jaminan kewangan yang lebih baik dan ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa anda merupakan sebahagian dari sistem pengurusan risiko yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsipnya . Di dalam artikel ini, kami akan menunjukkan perbezaan di antara polisi Takaful dan insurans konvensional, dan apakah maknanya kepada masyarakat.


Bagaimana mereka dibandingkan?

Kedua-dua polisi Takaful dan insurans konvensional diusahakan di atas sistem asas yang sama, iaitu dengan  pengumpulan dana untuk mengurus risiko sekumpulan orang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan besar antara dua sistem ini, terutama apabila Takaful patuh kepada prinsip-prinsip Islam dari mana ianya telah dibangunkan. Marilah kita meneroka perbezaan-perbezaan utama antara Takaful dan insurans konvensional.

Niat Peserta: Walaupun tidak diragui bahawa Takaful menyediakan jaminan kewangan, akan tetapi pembeli polisinya memasuki perjanjian yang mana sebahagian besarnya  menyumbang  ke dalam satu dana yang mungkin dapat membantu mereka yang mengalami musibah dan memerlukan bantuan kewangan. Sebaliknya, polisi insurans konvensional dibeli sebagai jaminan kewangan peribadi dan syarikat insurans merupakan penanggung risiko.


Pelaburan: Sementara unit pelaburan insurans konvensional melabur berdasarkan penilaian mereka yang bersesuaian dengan profil mereka, pelaburan Takaful mematuhi prinsip-prinsip dengan ketat. Mereka tidak boleh melabur dalam apa-apa yang mengandungi unsur-unsur perjudian, ketidakpastian dan riba (amalan meminjamkan duit dengan kadar faedah yang tidak munasabah). Hal ini diseliakanmengikut kehendak Syariah yang ditentukan oleh pengawal selia.


Pulangan: Jika terdapat lebihan wang yang disebabkan oleh kadar tuntutan yang rendah, ia akan diagihkan di antara peserta-peserta, dan keuntungan dari pelaburan akan diagihkan kepada para peserta dan pemegang-pemegang saham, berdasarkan model yang telah ditetapkan. Pengendali Takaful akan mengambil sedikit keuntungan dari lebihan melalui yuran prestasi atau berkongsi lebihan. Walaupun begitu  untuk memastikan ianya dibuat secara sah, jumlah pembayaran dari lebihan yang boleh dibayar kepada pengendali Takaful tidak boleh melebihi amaun lebihan yang dibayar kepada para peserta. Untuk insurans konvensional pula,  lebihan dan keuntungan dimiliki oleh pemegang-pemegang saham syarikat insurans.


Takaful di Malaysia Hari Ini

Di  Malaysia, berbanding dengan kebanyakan negara-negara lain, , syarikat-syarikat Takaful dikawal selia secara ketat  melalui kehendak Syariah di bawah Akta Perkhidmatan[MTA1]  Kewangan Islam 2013, secara berasingan dengan insurans konvensional. Bukan sahaja mereka diteliti  untuk mengelak sebarang salah laku, portfolio pelaburan mereka ditetapkan agar tidak sekalipun melanggar nilai-nilai Islam, serta selamat, cair dan mempunyai komponen jangka masa yang panjang. Industri ini  sedang membangun dan semakin berkembang untuk menggalakkan amalan yang terbaik dan meningkatkan profesionalisme di samping mematuhi prinsip-prinsip asas Islam.. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Takaful, anda bolehlah membaca artikel Bimbingan Lengkap Untuk Takaful.

Adakah Takaful Untuk Anda?

Pada asasnya, Takaful dan insurans konvensional mempunyai tujuan yang sama, perbezaannya pula adalah agak besar, seperti yang dinyatakan di atas. Perbezaan ini mempunyai kesan yang besar kepada pemegang polisi, bergantung kepada keperluan dan situasi mereka. Jika anda mempunyai polisi insurans konvensional yang anda rasa telah ketinggalan zaman, atau anda langsung tidak mempunyai apa-apa polisi, ini adalah peluang yang sesuai untuk anda memohon skim Takaful. Untuk maklumat lanjut tentang apa yang Takaful boleh lakukan untuk anda, sila layari http://www.malaysiantakaful.com.my.
loading...

1 Response to "Perbandingan Antara Takaful dan Insurans Konvensional Menurut Islam"

  1. Hello, nama saya adalah Paula Pinto, mangsa penipuan di tangan peminjam palsu. saya telah kehilangan kira-kira 9550RM kerana saya memerlukan modal besar 67,000.00RM. i hampir meninggal dunia, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. perniagaan saya telah dimusnahkan, dan dalam proses itu saya kehilangan anak saya. i tidak boleh berdiri ini berlaku lagi. pada bulan Disember 2015, saya bertemu dengan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Puan Elizabeth Patrick, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah syarikat. ibu yang baik saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan Allah terus memberkati anda. i juga suka menggunakan kesempatan ini untuk menasihati rakan-rakan warga Malaysian, bahawa terdapat banyak penipu di luar sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman, dan ingin mendapatkan pinjaman yang cepat, hanya mendaftar melalui Puan Elizabeth Patrick melalui e-mel: elizabethp111@live.co.uk. anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini: paulapinto890@gmail.com. jika anda mempunyai sebarang keraguan. sila dia adalah satu-satunya orang yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai.
    Terima kasih.

    ReplyDelete