loading...
tengku mahkota johor bola sepak
Hanya beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan akhir Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi menitipkan mesejnya di Facebook Johor Southen Tigers.
Dan tentulah bukanlah Tunku Ismail jika mesej itu bersifat polos dan kosong saja.
Melalui mesej sederhana itu Tunku Ismail berkata pasukannya malam ini berdepan dengan lebih 22.8 juta penyokong PKNS FC yang mengharapkan kelab itu mengalahkan JDT.
JDT, kata Tunku Ismail, mempunyai seramai 3.6 juta penyokong saja, termasuk 50,000 di Stadium Shah Alam.
“Berbeza dengan PKNS yang menerima sokongan lebih 22.8 juta penyokong bola sepak di Semenanjung Malaysia.
“Kita boleh melihatnya melalui cara mereka semua berdoa agar PKNS berjaya menewaskan kita (JDT).
“Kita berhadapan dengan cabaran daripada satu negara untuk menyaksikan JDT tersungkur,” katanya.
Hargai Sabah, Sarawak
Bagaimanapun pewaris takhta Johor itu bersikap budiman dengan menganggap keadaan itu sebagai normal.
“Tapi bagi saya, ianya perkara biasa (seperti) di tempat kerja,” katanya.
Tunku Ismail berkata beliau juga mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan yang bertarung di perlawanan akhir malam ini kerana berjaya mengatasi segala halangan di peringkat terdahulu.
Pada masa sama beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong dari Malaysia Timur – Sabah dan Sarawak – yang bersama-sama memberi dukungan kepada JDT.
Status itu dikemas kini awal petang tadi.
Sementara itu Tunku Ismail juga secara bersahaja bercakap tentang isu politik negara.
Selepas mengulas mengenai situasi dihadapi kelab JDT yang dikatakan beliau berdepan dengan 22.8 juta penyokong, Tunku Ismail secara spontan menyentuh mengenai Sabah dan Sarawak.
‘Melutut kepada sultan’
“Jangan lupa, tiada negeri Johor tiadalah Persekutuan Tanah Melayu,” katanya selepas memberi penghargaan kepada penyokong JDT dari Sabah dan Sarawak.
“Tiada Sabah dan Sarawak maka tiadalah duit buat negara ini,” sambung beliau.
Bagaimanapun menurut Tunku Ismail ada sebahagian orang “sibuk menghentam keluarga diraja Johor, negeri Johor dan JDT.”
Tunku Ismail yang dikenali ramai sebagai tokoh yang lantang menyatakan pandangannya menambah sesetengah pihak kemudian “melutut kepada Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor” apabila tiba keadaan tertentu.
Keadaan itu, katanya, adalah untuk “menghentam kepimpinan negara” selain “merayu menyelesaikan masalah dan isu nasional”.
“Carilah pemimpin masing-masing untuk menyelesaikan masalah ini. ‘Dapur sendiri kotor, maka bersihkanlah sendiri’.
“Ehhh!! Tersentuh bab politik pulak,” kata beliau.
Tidak dapat dipastikan apakah maksud sebenar ungkapan “dapur sendiri kotor” itu.
“OK-lah, buat Pasukan Johor Darul Ta’zim dan PKNS, good luck, all the best and enjoy the game malam ini,” kata beliau. –
loading...
0 Response to "PIALA FA: 22.8 JUTA ORANG DOAKAN JDT KALAH?"
Post a Comment