loading...
PEMBUNUH!Sesapa yg ikut plus arah utara area lps tol simpang ampat ptg td mesti sangkut jem trok kn. Sesapa yg ikut lorong kecemasan time tu, dukacita aku nk maklumkn bahawa korg adalah PEMBUNUH. Ya pembunuh, tp jgn risau sbb kemungkinan besar korg xkn kena tangkap dan hukum gantung. Tp pasti ada balasan utk korg kalau x di sini, mesti di sana nnt akan diadili seadil2nya.
Kepada PEMBUNUH2 yg terlibat, aku nk cerita jenayah korg so baca dan hadam betul2. Buat yg lain ambil pengajaran dan jgn sesekali jadi PEMBUNUH mcm diorg.
Eksiden tu jadi betul2 dpn kereta aku. Alhamdulillah masih ada jarak selamat so aku x terlibat secara langsung. Ceritanya moto LC150 yg dinaiki oleh 2 beradik tu terlanggar belakang iswara yg rosak dan diletakkan di lorong kecemasan. Impak perlanggaran tu menyebabkn diorg tercampak ke lorong tengah lebuhraya. Lori sayur yg berada di belakang diorg mengelak dan menyebabkn lori tu terbalik melintang lorong tgh dan lorong kanan. Uncle yg bwk lori sayur tu xmengalami sebarang kecederaan. Pujian harus diberikn kpd dia sbb dpt mengelak 2 org rider tersebut smp dia sendiri terbalik.
PEMBUNUH2 sekelian,jenayah korg bermula di sini. Lorong tgh dan lorong kanan terus tertutup dan xdpt dilalui. Tggl satu lorong. Dan bila jd mcm ni PEMBUNUH2 ni buat apa yg diorg sll buat; gunakan lorong kecemasan tanpa rasa bersalah langsung. Dhla guna lorong kecemasan, bila smp tpt kejadian drive slow, smbl tgn pgg henpon nk ambil gmbr. Korg nk ambil gmbr bukti jenayah korg ke ape?
Eksiden berlaku lbh kurg pkl 3:30 ptg, dan ambulans pertama yg smp adalah lbh kurg SEJAM kemudian! SEJAM weh, perjalanan yg biasanya ambil masa xsmp 15 minit. Ambulans tu ambil rider pertama dan tggl lg sorg rider.
Ambulans kedua smp slps 2 JAM SETENGAH! Eksiden pkl 3:30 dan ambulans kedua dgn bomba smp dkt2 pkl 6 weh!Semua disebabkn PEMBUNUH2 ni yg dgn tanpa segan silu guna lorong kecemasan.
Kedua2 rider tu suffer from head injury. Bleeding. Time kami smp diorg stil respond dan separa sedar. Kami tgk sendiri condition diorg deteriorate dlm masa menunggu ambulans smp. Apa yg kami blh buat cuma try stop bleeding dan elakkn diorg dari pengsan/tido. Masa ambulans smp diorg dh kurg response dan semakin lemah. Skrg diorg kt Hosp Seremban dan kami pn xtau apa condition diorg skrg. Harap2 diorg selamat walaupn harapan agak tipis.
Kepada PEMBUNUH2 sekelian, aku harap korg sedar. Lorong kecemasan meant exactly for times like this. Tp disebbkn keBANGANGan korg org yg xbersalah jd mangsa. Aku xdoa benda ni jadi kt korg blk, cukupla korg sedar dan xbuat lg. Dan kpd yg lain2 yg suka guna lorong kecemasan, igtlah yg korg juga mungkin akan jd PEMBUNUH suatu hari nnt. Ya dari dulu aku mmg sgt2 benci kt org2 yg suka guna lorong kecemasan time jem, tp hr ni aku rasa perasaan benci tu dh smp tahap maksima. Korang dh jd PEMBUNUH!
loading...
0 Response to "100 Kereta Pembunuh : Gunakan Lorong Kecemasan Berenti Ambil Gambar, Menyebabkan Ambulan Lambat Sampai"
Post a Comment