Tengku Adnan Tak Kisah Di Gelar Menteri Bodoh

loading...


Saya cuba untuk mencari penyelesaian tetapi menerima kritikan dan perkara yang sama juga berlaku sebelum ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluh kerana rakyat tidak melihat kebaikan yang dilakukannya sebaliknya sentiasa mengkritik. Lapor Free Malaysia Today

Tengku Adnan atau lebih dikenali Ku Nan berkata demikian merujuk kepada cadangannya untuk membenarkan Mat Motor mempunyai tempat berlumba motosikal di bandar.
“Saya cuba untuk mencari penyelesaian tetapi menerima kritikan dan perkara yang sama juga berlaku sebelum ini,” katanya pada Majlis Pelancaran buku panduan perancangan DBKL untuk orang ramai, hari ini.

Tambahnya, beberapa tahun yang lalu beliau ada mengeluarkan kenyataan mengenai isu gelandangan di ibu kota dan orang ramai mengkritiknya kerana tidak tahu apa yang mahu dilakukan.
Beliau berkata, selepas itu terdapat dua pusat gelandangan di bandar dan banyak lagi dalam perancangan untuk membantu golongan itu berteduh.

“Sama juga ketika saya mengumumkan bahawa Kuala Lumpur menghadapi ancaman keganasan, orang ramai tidak selesa dengan pengumuman itu.

“Tetapi akibatnya orang dapat melihat kehadiran pasukan tentera dan polis di jalan-jalan raya,” katanya, sambil menambah ini telah menyebabkan penurunan dalam jenayah seperti kes ragut.

“Adakah saya dikredit? Tidak, tetapi tak mengapa kerana saya bekerja demi Tuhan.”
Walaupun dipanggil seorang menteri bodoh, Ku Nan berkata, beliau tetap akan turun padang mendekati orang awam untuk mengetahui dan memahami apa yang berlaku.
“Apabila saya mendekati gelandangan, saya menangis,”

Beliau juga berkata pegawai DBKL dikritik secara tidak adil di sebalik komitmen mereka melakukan pelbagai kerja sementara yang lain hanya pandai mengkritik menerusi media sosial.
loading...

0 Response to "Tengku Adnan Tak Kisah Di Gelar Menteri Bodoh"

Post a Comment