Tindakan Boo Pemimpin Di Stadium Adalah Tidak Bermoral Kerana Menghina Pemimpin

loading...

saksikan Video Rakaman beliau Kena Boo...

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semalam menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya “gila jawatan menteri besar.”

Ahmad Bashah menarik perhatian bahawa hakikatnya ialah beliau memberi laluan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menjadi menteri besar.

Ini di sebalik beliau menyandang jawatan pengerusi Umno Kedah dan pengarah pilihan raya umum Barisan Nasional negeri ketika itu.

“Saya terima kerana itu adalah hak perdana menteri dan saya tak pertikaikan. Ia demi kekuatan dan kepentingan parti dan negara,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

“Saya terima kerana pada masa itu tujuan kita adalah untuk menang dan merebut kembali kuasa di tangan pembangkang,” katanya.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila kepimpinan Umno negeri yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. — Bernama
Ini adalah screen shot yang diambil daripada satu laman sosial Pelesit Gurun, kami tidak pasti kesahihan kenyataan ini... apa2 pon penyokong kedah hangpa semua memang berani...

loading...

0 Response to "Tindakan Boo Pemimpin Di Stadium Adalah Tidak Bermoral Kerana Menghina Pemimpin"

Post a Comment