JKM, polis sahkan remaja pandu Gen-2 lawan arus ialah OKU

loading...

Seorang pegawai JKM Pulau Pinang berkata, doktor mencadangkan remaja itu menyertai program pendidikan khas ketika dia memasuki tingkatan 1.


PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis mengesahkan pemandu remaja yang memecut melawan arah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan kelmarin sehingga menyebabkan seorang lelaki maut adalah orang kelainan upaya (OKU).

Seorang pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan kad OKU itu adalah asli dan dikeluarkan kepada remaja itu pada 2011.

“Doktor mencadangkan dia menyertai program pendidikan khas ketika dia memasuki tingkatan 1,” kata pegawai itu tanpa mengulas lanjut kepada FMT hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid yang dipetik China Press turut mengesahkan pemandu berusia 19 tahun itu mempunyai kad OKU.
Menurut laporan akhbar itu, seorang mangsa cedera turut mendakwa ibu suspek ada memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis pada hari kejadian.
Bagaimanapun, ketika kemalangan berlaku, kereta Gen-2 yang dipandu remaja itu tidak mempunyai pelekat OKU.
Pengguna Internet memuat naik gambar kad OKU yang mirip pemandu remaja itu, di mana kad terbabit dikeluarkan JKM pada 9 September 2011.
Tambahan, kad OKU itu turut tertera masalah pembelajaran dalam ruangan kategori ketidakupayaan.

Pada jam 7.50 pagi Selasa lalu, remaja yang memandu Proton Gen-2 itu melanggar 3 kenderaan sebelum membuat pusingan U beberapa meter dari Plaza Tol Sungai Dua dan memecut melawan arah trafik sejauh 5km di Km 134 Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah.
Ia kemudiannya merempuh Perodua Kelisa yang dipandu pekerja kilang, Mohamad Fandi Rosli, menyebabkan bakal bapa berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal.
Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. Bagaimanapun, polis semalam berkata “ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina”.
Amfetamina ialah ubat yang lazim digunakan untuk gangguan defisit perhatian (ADD).
Semalam, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja itu selama 4 hari sehingga Sabtu ini bagi menyiasatnya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dia turut disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.
loading...

21 Responses to "JKM, polis sahkan remaja pandu Gen-2 lawan arus ialah OKU"

  1. Masalah pembelajaran?cmana boleh dpt lesen?susah tu nk pass ujian bertulis sbb susah nk phm soklan

    ReplyDelete
  2. kenapa masa hari 1st accident, takde ckp dia ni oku,, bukan ke bila cek i.c dah boleh detect dia ni oku. knp baru harini kata dia oku.. jgn buat main2 dengan nyawa org oii..!!!!!!

    ReplyDelete
  3. So...kalau ada kad OKU ..menghalalkan remaja tersebut mengambil dadah..memandu melawan arus dan mengambil nyawa orang..atau adakah kerana beliau ada kad OKU..kesalahan yg beliau lakukan .. hukuman terhadap beliau akan di ringankan..kenapa masa amek dadah .. tak fikirkan pulak yg diri nya tu seorang OKU...COME OFF IT..SHE DID A GREAT MISTAKE .. BEING AN OKU N WZ HER HALLUCINATING .. IT COST ONE INNOCENT LIFE...SALAH TETAP SALAH TAK KIRA LAH OKU OR NOT..HUKUMAN MESTI SAMA RATA...ENUF IS ENUF..

    ReplyDelete
  4. orang atas pikiaq tak pakai otaq. tahu kencing rakyat sahaja. mati nanti pandai2lah nak jawab. nauzubillah

    ReplyDelete
  5. Kalau mcam ni orang nak bunuh orang pakai kad oku pun boleh.

    ReplyDelete
  6. OKU pun undang2 sama. Kalau terbukti salah patut sangat dihukum.

    ReplyDelete
  7. OKU? Apa oku buat diwaktu malam kat club, accident kul 7.30 pagi , wajarkah diwaktu itu dia berada diluar? Oku mak bapak tak jaga ke atau oantau dia diwaktu malam? Salah siapa ni?

    ReplyDelete
  8. OKU ke tak OKU...once dah atas jalan responsible. Problem sekarang ni Media..tulis berita tah apa2..ni yg aku malas nak baca berita, tgk news kat TV dah

    ReplyDelete
  9. thats why, what ring a bell is, betul ke dia OKU?

    ReplyDelete
  10. kate mslh pmblajaran..amel test jpj pn kena exam gak ..pass pulak minah ni ???so nmpk sgt lesen terbang ..

    ReplyDelete
  11. Kini terbongkarlah.... Budak oku ni Salah, mak bapak dia pun Salah, jpj pun Salah, tokey night club pun salah, plus pun salah, polis peronda pun salah, tuan punya kereta salah, tuan punya petrol pump pun salah....Memang citer bangau oh bangau

    ReplyDelete
  12. x kira lah oku ke tidak kes ini kene dipertanggungjawapkan mana boleh suka2 hati je bagi alasan untuk lepas hukuman....salah tetap salah, jgn nk menegakkan benang yg basah pulak!

    ReplyDelete
  13. OKU bole dpt lesen la? JPJ la salah kan.. kalu dia x de lesen.. mak bapak dia la salah kan.. Makin mcm haram.. dh agak mesti kluar mcm2.. nk bg lepas jgk.. apa yg special sgt depa ni? Ada je org duk cover.. Dh bunuh org kut..

    ReplyDelete
  14. dah blh start tarik blk semua lesen oku...ini adalah precedent untuk tidak mengeluarkan lesen memnadu kpd oku...blh ke mcm tu? klu oku lah yg menjadi asas...

    ReplyDelete
  15. If dia dapat drive like a normal then buat excident dia patutla di hukum mcm org yg normal.. Klau betul pun dia oku sepatutnya xperlula bwa kreta .. N spatutnya org oku pun perlu ada undang2 sendiri dan dihukum xsemestinya kena reman n lepas .

    ReplyDelete
  16. Bagaimana seorang oku yg mempunyai masalah pembelajaran boleh lulus ujian memandu yg ujian amalinya mrk2 yg waras pun boleh gagal. Malah ujian di jalanraya juga memerlukan pemerhatian papantanda yg komplex. Rasanya ada yg x kena dgn fakta ni, kad oku nampak baru sat2 dibuat. Kalau x percaya cer tanya soalan tetiba pompuan tu da jadi minah paling bahalul utk tunjukkan yg dia oku. Disekolah mana dia belajar, jabatan kebajikan mana dia daftar, sekolah oku mana dia pergi, sekarang dia bekerja di mana, semua ini akan menujukkan kesahihan ke oku an nya jika benar. Siapa kawan oku dia yg lain yg boleh buat rujukan. Esok2 kalau korang langgar org mati, buat2 plak kena sawan. Tapi sah korang kena pancung. Jgn keruhkan suasana, yg salah tetap bersalah.

    ReplyDelete
  17. Jgn sampai nanti.. Mangsa yg maut tu pulak yg dipersalahkan... Bagi alasan sbb kenapa tak mengelak ke.. Tak brake ke ... Apa ke..?

    ReplyDelete