Awas! Jika Anda Selalu Beli Air Dari Mesin Ini Berhati-hatilah, Pembunuh dalam Diam

loading...
Pagi ni aku menerima kiriman email dari isteriku yang bertajuk "Basuh Tin Dulu Sebelum Minum". Perkara yang kita selalu terlepas pandang adalah apabila kita meminum minuman bertin yang kita beli dikedai tentunya kita tidak membasuh terlebih dahulu sebelum minum.


Awas! Pastikan Basuh Tin Dulu Sebelum Minum


Betulkan? kalau dah dahaga tu main tunggak jekan... Eyriqazz dan wak Je Jai jangan buat macam tu k.


Baca kiriman email dibawah

Kejadian ini baru saja terjadi di Texas Utara. Seorang wanita pergi bermain perahu pada hari minggu dan membawa beberapa tin coke yang disimpan di lemari pendingin kapal itu. Pada hari Isnin, ia dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di ruangan Intensive Care Unit. Dia meninggal dunia pada hari Rabu.

Keputusan autopsy menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini terlacak pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan cawan. Keputusan ujian menunjukkan tin tersebut telah dijangkiti urin tikus yang sudah mengering dan itulah yang menyebabkan Leptospirosis.


Air kencing tikus mengandungi zat beracun dan mematikan. Hal ini sangat digalakkan untuk membasuh secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung dihantar ke kedai-kedai tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian di NYCU menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih tercemar berbanding tandas awam. Penuh kuman dan bakteria. Jadi cuci dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk mengelakkan segala jenis kemalangan kepada diri anda.


P/S: Kalau nak beli minuman bertin ditepi jalan tu hati2lah, basuh dulu baru minum. Sebar-sebarkan kepada keluarga anda.



ROMPIN – Seorang pengguna terkilan apabila tin air minuman yang dibeli menerusi mesin layan diri didapati kotor.

Zabri Azman Ishak, 42, berkata, menjadi kebiasaannya membeli minuman menerusi mesin air yang ada di pejabat tempatnya bertugas kerana lebih mudah.


"Setiap kali beli air tin mesin, saya akan cuci dan lap dulu sebab takut ada kotoran. Tapi, kejadian baru-baru ni memang buat saya terkejut," katanya.

Penduduk Felda Keratong 5, itu berkata, terdapat kesan cecair kotor kehitaman yang sudah kering pada permukaan tin.

"Saya ambil dan tengok ada kesan seperti cecair warna gelap yang dah kering. Saya was-was, takut ia air kencing haiwan. Saya cium, tapi tak ada bau. Nak kata air karat pun bukan.

"Saya terpaksa basuh dan sental guna span sampai kesan tu hilang... kesan kotoran kali ni memang sangat teruk,” katanya.

Justeru, dia berpesan kepada penggemar minuman air dalam tin supaya memastikan tiada kotoran.

"Lebih bagus cuci dulu sebelum minum. Basuh dulu, jangan terus minum... atau guna straw sebab bukan semua tempat ada kemudahan air untuk cuci," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Aznita Iriyany Mohd Nor, berkata, air dalam tin selepas dibuka baru diketahui isi kandungannya elok atau tidak, ia sukar dikawal sebaliknya kekotoran pada fizikal boleh dilihat.

Beliau turut menyarankan pengguna memastikan kedudukan mesin berada di tempat yang sesuai iaitu bersih bukan tempat yang kotor.

“Pengguna kena hati-hati, kerana mesin itu juga ada kebarangkalian boleh dimasuki haiwan perosak,” katanya.
loading...

0 Response to "Awas! Jika Anda Selalu Beli Air Dari Mesin Ini Berhati-hatilah, Pembunuh dalam Diam"

Post a Comment