Suami Isteri maut Di Hempap Kren

loading...

DUA maut kereta dinaiki dihempap sebatang besi kren dari tapak projek pembinaan di Jalan Meru, Klang, tengahari tadi. 
KLANG - Seorang lelaki dan wanita yang dipercayai pasangan suami isteri, maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka ditimpa kren statik yang tumbang di Persiaran Astana, Meru, tengah hari tadi, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.35 tengah hari tadi, mangsa, Abd Rahim Abd Rahman, 61, dan Nurhayati, 56, maut di lokasi kejadian. 

Jurucakap Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan awam berhubung kejadian itu pada jam 12.35 tengah hari sebelum mengerahkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang ke lokasi kejadian. 

"Pemeriksaan mendapati, kereta yang melalui jalan itu dihempap satu kren statik projek pembinaan di kawasan berkenaan. 


"Dua mangsa iaitu lelaki dan wanita yang berada di dalam kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di bahagian kepala," katanya. 




loading...

0 Response to "Suami Isteri maut Di Hempap Kren"

Post a Comment