Polis siasat individu aibkan Najib Menyerupai Qu Puteh


Gambar yang dimuat naik memaparkan Najib memakai tudung hijau dengan 'stail' popular Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida ketika mempromosikan produknya.
qu-puteh-najib

PETALING JAYA: Seorang pengguna internet bakal disiasat angkara memuat naik sekeping gambar yang mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter miliknya berkata Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) telah diarah supaya menyiasat penyiaran gambar yang ‘mengaibkan’ itu.

Gambar tersebut memaparkan wajah Najib yang telah dipakaikan tudung yang menyerupai gaya pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Vida.
Gambar itu juga memaparkan dialog “Qu Samun, Qu Samun, barulah penyamun”, yang mengajuk ungkapan popular Hasmiza ketika mempormosikan barangannya yang berbunyi: “Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih”.

0 Response to "Polis siasat individu aibkan Najib Menyerupai Qu Puteh"

Post a Comment