Jangan guna ilmu untuk menipu, mencuri - Sultan Ibrahim

loading...

BATU PAHAT 8 Okt. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan semua pihak supaya ilmu yang dipelajari tidak disalahgunakan untuk perkara tidak berfaedah termasuk menipu dan mencuri.

Baginda bertitah, graduan yang menerima ijazah juga jangan bersikap terlalu sombong dengan ilmu pengetahuan atau kelebihan yang dimiliki.

Sultan Ibrahim yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah, mereka perlu merancang kehidupan dan tidak terikut-ikut dengan pengaruh rakan yang cetek akal.

“Sekiranya kejayaan yang diharapkan belum dicapai, buatlah dahulu apa juga kerja yang boleh beri pendapatan dan rezeki yang halal.

“Jangan pula menggunakan ilmu dan kebolehan yang ada untuk kerja-kerja yang tidak baik seperti menipu atau mencuri,” titah baginda semasa merasmikan Majlis Konvokesyen UTHM Ke-16 di Dewan Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pro Canselor UTHM. -UTUSAN ONLINE
loading...

0 Response to "Jangan guna ilmu untuk menipu, mencuri - Sultan Ibrahim"

Post a Comment