Logik Kenapa Rasulullah Larang TIDUR selepas Sahur. ( Sains dan Islam)

Jangan TIDUR selepas sahur.
Kenapa ya?

Kerana ketika tidur semua organ dalam tubuh akan melambatkan sistem metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencernakan makanan. Maka, makanan tidak tercerna serta tidak terhadam dengan baik dan sempurna.
Jadi, makanan yang tidak tercerna atau tidak terhadam dengan baik serta sempurna akan di'telan' oleh bakteria yang tidak baik, dalam erti kata yang lain, jumlah bakteria jahat pada perut & usus menjadi dominan, merujuk kepada sifat bakteri ini, iaitu jenis anaerob, menghasilkan metabolisme bakteria bersifat asid.
Bakteria akan menghasilkan zat asid nitrit dengan sifat sangat berasid. Merujuk kepada Asid nitrit akan meningkatkan tahap keasidan tubuh. Tahap keasidan tubuh meningkat mendadak akan membebani sistem metabolisme tubuh.
Harus difahami, Asid Nitrit amat berbahaya kepada hati (liver) kalian. Hati akan bekerja keras melawan racun.
Sel darah putih akan terus menerus diaktifkan untuk melawan bakteria tadi.
Tubuh terpaksa bekerja keras hanya untuk membuang atau menyingkirkan racun. Daripada sini, berlakulah pengumpulan gas amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna atau tidak terhadam, menjadi busuk dalam usus dan perut kalian.
Fenomena ini terjadi, hanya kerana tidur selepas sahur.
Secara mudah fahamnya, tidur selepas sahur adalah berlawanan dengan tujuan berpuasa (dari sudut zahir) iaitu untuk tujuan kesihatan. Malahan, boleh memudaratkan hati. Selain dari itu memberi 'kuasa dominan' kepada bakteria jahat.
Bahkan, menaikkan tahap PH keasidan tubuh. Perlu diingati, jika nilai PH tubuh kita kurang dari 4, secara lazimnya, sel kanser akan mula diransang.
Keadaan tubuh menjadi tempat pengrekrutan Anaerob Fakultatif, sel kanser akan cepat membiak pada sel tubuh yang mempunyai anaerob yang aktif.
Oleh kerana itu, secara kelazimannya mereka yang tidur selepas sahur atau selepas subuh akan kelihatan lesu dan keletihan.
Inilah antara faktor dan hikmah, Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam menyarankan melewatkan sahur. Malahan tidak menggalakkan tidur selepas Subuh.
Baginda Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam tidak pernah silap, kerana setiap yang disampaikan kepada umat Baginda adalah berdasarkan Wahyu dan Petunjuk dari ALLAH.
Dalam Islam ada Sains.

*Jika terlalu letih dan memerlukan rehat seumpama tidur. Tidur setelah 1-2 jam selepas sahur atau selepas subuh. Kurang lebih jam 8 atau 9 pagi, iaitu dalam waktu dhuha.
Semoga beroleh manfaat dari ALLAH.

-Catatan Ramadhan 1437H-
Al Faqir Wan Asrul Al Kalantani.

0 Response to "Logik Kenapa Rasulullah Larang TIDUR selepas Sahur. ( Sains dan Islam)"

Post a Comment