Hari Pertabalan Agong: 24 April hari kelepasan am tambahan

loading...

 
Kerajaan hari ini mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

"Istiadat Pertabalan akan diadakan pada pagi hari Isnin, 24 April bertempat di Balairung Seri, Istana Negara manakala, pada sebelah malam diadakan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, Istana Negara," kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, dalam satu kenyataan.

Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember lalu menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan baginda pada 12 Disember 2016.

Menurut Ali, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanapun, katanya bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri yang berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Sempena istiadat pertabalan itu, majlis santapan diraja pada 20 April ini, turut diadakan adalah majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat bertempat di Masjid Putra, Putrajaya disusuli Pameran Raja Kita pada hari Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama).
loading...

0 Response to "Hari Pertabalan Agong: 24 April hari kelepasan am tambahan"

Post a Comment