Detox Foot Patch - Teknologi Paling Lahabau Y'all!

loading...
Komen Aidid Mu'addib di Say No To MLM di facebook, pada 26 November 2010: Salah satu teknik brainwash yg diamalkan oleh dajjal MLM: "Kalau anda gagal dalam biz MLM ini, anda sendirilah yang bersalah kerana tidak dapat menghayati sistem macam mereka yang telah berjaya. Maka anda akan usaha sungguh-sungguh cari downline setiap hari, jadi mastermind akan dapat duit berterusan, selagi brainwashing ini lekat kat kepala downline tu. Sedangkan realiti MLM itu adalah, apa-apa sistem perniagaan yang bergantung kepada pencarian downline ke infiniti dalam satu ruang pasaran baru, ianya hanyalah kepala bapak kerbaushit. Ko memang tak akan berjaya punya dey. Ianya adalah disebabkan bahawa jumlah semua manusia itu bukan infinit, dan jumlah org yang bangang yg tak dengar cakap dan low IQ pulak tak besar mana pun, dan takde pulak market baru wujud dalam dunia ni. ONLY NEW FOOLS (macam si bahalol Zainul Amri), but NO NEW MARKET". Jadi dgn adanya Zainul Amri, maka wujudlah jutawan sorang-dua gitu dari masa ke semasa (jutawan yg pastinya bukan Zainul Amri)". Sekian, mekaseh!
  
Assalamu'alaikum, dear friends and foes alike.

Korang pernah dapat offer atau kena tag di facebook dengan satu produk yang hebat dan canggih, yang diwar-warkan sebagai teknologi terkini dalam bidang perubatan? Satu produk dengan nama Detox Foot Patch. Macam-macam jenama ada, either dia orang jual cara direct-selling atau pun ada yang buat MLM. Ntah bila nak kaya buat MLM jual benda ni, korang la jawab, aku tak kose.

So, pagi ni aku pegi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yang sama waktu dengannya) tergantung-gantung manggamit mesra hati ku yang dah lama "curious" pasal benda ni. Ada ke letak patch tu kat tapak kaki untuk semalaman boleh kasi nyah-toksin semua benda yang merapu yang dah masuk dalam badan seorang manusia? Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam-macam, korang pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai foot patch tu jadi hitam beb! Bloody freaking 'ell! It's just out of this world man!

Cuma, selama aku membesar dan dah jadi orang dewasa yang pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa, memang ada banyak toksin dan ntah apakebenda lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati dan buah-pinggang yang berfungsi sebagai organ yang memproses semua toksin tu dan menyingkirkannya melalui air kencing dan najis kita. Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks dan memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase dan seribu satu macam enzim yang lain. Itu korang belajar la sendiri - tengok kat wikipedia pun ada penerangan yang orang pass SPM boleh faham.

OK... cuba korang tutup mata dan lupakan selagi ada iklan dan hasutan daripada kawan-kawan korang tu yang suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau ko letak detox patch ni kat tapak kaki semalaman, macamana la agaknya toksin tu semua nak keluar? Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal - jangan lupa), ikut resapan kulit? What? How?

Anyway, dah la tu beb... bukak mata tu. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yang aku tangkap dengan iPhone aku dalam sejam lepas.


Ini produknya - tapi kat facebook ada jenama lain jugak. Berbaloi-baloi tu! 


Dalam kantung ni ada herba yang macam-macam, yang akan menyerap toksin tu sume. Yahoo! 


Dia bagi satu pelekat, dan patch tu ko lekatkan kat situ. 


Ini cawan anak aku, kadang-kadang dia minum ribena. Kadang-kadang dia minum air mineral. Aku isi air suam (bukan mendidih, tapi air suam - hangat-hangat macam badan manusia gitu).


So I put the dang thing on top.... like so. 


5 minit lepas tu... Waaaaah! Banyaknya toksin dalam air suam tu!!!

Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup untuk kasi korang tahu bahawa benda ni merapu ya amat dan sesuai sungguh untuk sesetengah orang Melayu - ada mala'un dalam umat Melayu tu memang suka sangat mengelentong orang lain, dan ada pulak yang suka sungguh dikelentong di siang hari... demi duit. Tak payah la kita berdolak-dalik. Gusar jugak hati aku kadang-kadang memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu?

Pesan aku kepada sipenjual pulak - udah udah la buat kerja lagha dan satu sen tak guna ni bang, kak. Ini namanya mungkar dan laknatullah tuan-puan, sekalian. Jangan la telan duit untung sebegini, dan kasi anak makan dan sekolah. Tak berkat tu.





Penggunaan DETOX PAD utk membuang toxin. Adakah berkesan?

Saya rasa semua mesti pernah dengar tentang pad yang diletakkan pada kaki untuk membuang segala toxin dalam badan(detoksifikasi). Produk seperti ini terkenal sewaktu masa dahulu dan mungkin akan berterusan penggunaannya jika kita tidak sedarkan masyarakat.

Cara penggunaan pad tersebut adalah melekatkan pad itu pada kaki semalaman sewaktu masa kita tidur. Apabila waktu pagi, pad tersebut selalunya menjadi hitam dan pada waktu pagi itu kita seolah2 akan berasa segar dan cergas.

Ingin saya memberi tahu yang pad detox adalah juga suatu penipuan dalam rawatan penyakit. Kebanyakkan daripada pad ini menggunakan daun teh. Daun teh ini akan menyerap kelembapan yang dikeluarkan daripada kaki dan menyebabkan ia mengeluarkan cecair berwarna hitam dan sedikit sebanyak membasahkan dan menghitamkan pad tersebut.

Seperti mana uncang teh yang selalu kita gunakan, ia kelihatan putih pada asalnya. Tetapi akan menjadi hitam apabila diberikan sedikit sahaja kelembapan. Begitu juga yang berlaku pada produk yang kita katakan ini.

Eksperimen mengewapkan pad detox ini dgn wap air pun telah dilakukan beberapa kali. Keputusannya sama. Pad detox akan bertukar warna kepada warna hitam. Timbul difikiran saya adakah air pun dikira sebagai toxin dalam badan.

Diharapkan masyarakat cakna dengan penipuan-penipuan yang dilakukan oleh pengusaha produk seperti ini walaupun ia berasal drpd negara yang gah seperti Jepun.

Sekian. Harap bermanfaat

***Mungkin akan ada yang tanya kenapa saya pakai produk ini, saya akan jadi cergas waktu pagi?

Jawapannya apabila anda bangun tidur dan tgk pad detox yang kelihatan hitam itu, sudah tentu anda akan terkejut dan mengaktifkan sistem saraf yang dinamakan sebagai Sympathetic Nervous system. Sistem saraf ini akan menyebabkan anda berada dalam keadaan bersedia dan fokus. Sebab tulah anda rasa cergas dan kuat selepas bangun tidur. Sebab anda terkejut


loading...

0 Response to "Detox Foot Patch - Teknologi Paling Lahabau Y'all!"

Post a Comment