Dr Huda Haron anak Datuk Dr Haron Din Menyindir AirAsia tidak bertimbangrasa

loading...


Kini sudah seminggu Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Dr Haron terpaksa dikejarkan ke IJN selepas dimasukkan ke sana Januari lalu dan sikap pihak AirAsia antara punca beliau dimasukkan ke IJN, dakwa anaknya.

Kerana geram dengan sikap AirAsia, anak Dr Haron iaitu Dr Huda Haron menulis status di atas dalam akaun Facebooknya, menulis antara puncanya bapanya mendapat masalah jantung kerana dinafikan hak untuk menggunakan kerusi roda ketika menggunakan penerbangan Air Asia baru-baru ini. Blog Ek Eleh

Sehari lepas, beberapa keping gambar Dato’ Seri Najib melawat Dr. Haron Din di IJN tersebar di media arus perdana.

Ramai yang sedia maklum, kesihatan Dr. Haron Din agak kurang baik ketika ini. Namun, rupa-rupanya kali ini lain pula ceritanya. Sudah tentu ramai yang terkejut memandangkan punca Dr. Haron dikejarkan ke IJN kali ini berkait rapat dengan perkhidmatan Airasia.


Melalui Facebook anak perempuan Dr. Haron Din iaitu Dr. Huda Haron, memuat naik satu status luahan hati kekesalan akan perkhidmatan yang diberikan AirAsia.

Beliau secara terangan menyindir “Hidden Charge” yang dikenakan oleh Air Asia. Beliau juga mengatakan AirAsia gagal menyediakan Kerusi Roda yang dipohon olehnya terlebih awal. Mungkin disebabkan perkara itu, Dr. Haron din terpaksa dikejarkan ke IJN.
Baca Luahan Hati Dr. Huda Haron di bawah:




“Atas tagline ‘now everyone can fly’ maka kita rakyat marhaen merasakan mereka menawarkan khidmat paling murah.

Hakikatnya banyak bayaran tersembunyi untuk orang buta huruf macam saya. Bayaran Bagasi, hot seat .. bla bla bla… letih nak senaraikan.

Hatta khidmat wheelcair pun kena bayaran! RM60.. WOWW! Bayangkan ayahanda saya yang mengidap masaalah jantung yang dinafikan haknya untuk khidmat kerusi roda walaupun kami telah memohon dan merayu khidmat itu terlebih awal.

PENERBANGAN : AOR – KUL. AK6015 9.45pm-10.50pm

Docking punya lah jauh.. Tiada kerusi roda disediakan dan buka benda baru kami dinafikan khidmat tersebut. Dah banyak kali dah. Letih nak senarai semuanya. Penat!! Tiada perikemanusiaan langsung.

Terima Kasih AA, ayah saya terpaksa dikejarkan ke IJN.”



Sumber Dr Huda Haron – TengokTVOnline Blog

Info lanjut mengenai Dr Huda Haron klik sini Darussyifa

Info PM Najib melawat Dr Haron Din klik sini – MRM
loading...

0 Response to "Dr Huda Haron anak Datuk Dr Haron Din Menyindir AirAsia tidak bertimbangrasa"

Post a Comment