Berang Ditegur, Tauke 'Serang' Pendengar Era.fm Sehingga

loading...
Baru-baru ini, pendengar radio Era FM mempertikaikan segmen 'prank call' yang dibuat oleh penyampai radio Dina dan Tauke (Satay) yang dianggap keterlaluan. 

Perbincangan yang berlangsung di Twitter itu pada mulanya mempersoalkan apakah wajarnya prank call itu dibuat dan memberi harapan palsu kepada mangsa? 

"Dina dan Tauke kenakan Zal ke apa entah orang Sabah tentang nak jadi penyanyi professional. Mamat itu beria excited gembira nak ke Kuala Lumpur ubah nasib. Sekali kena prank. Aduhai, sedihnya hidup orang yang bagi idea buat segment ini. 

"Sedihlah hidup kau Era.fm dok gelakkan orang selepas memberi harapan palsu. Pedoq pun tak macam itu," kata Orkid K. @Okedkama. 



Tweet Orkid itu turut disokong oleh beberapa orang rakannya. Namun tidak menyangka Tauke atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria, akan membalas tweet tersebut dan respon yang diberikan oleh pelawak itu juga dilihat tidak professional. 

"Lu masalah apa? Bahasa sangat komen ni. Duduk tempat kitorang dan kau akan tahu. Kerja kau apa? Nanti aku komen," kata Tauke. 

Bagaimanapun, beberapa pengguna Twitter yang lain turut mengambil kesempatan itu untuk menjelaskan bahawa apa yang disuarakan oleh Orkid itu adalah tepat. 



Malangnya Tauke enggan menerima penjelasan itu. Sebaliknya mempertikaikan tindakan pendengar yang kononnya mengkritik segmen prank call itu teruk namun masih juga mendengar Era.fm. 

"Okay faham, tapi kenapa ya? Pelik pula rasa banyak lagi radio lain jagalah hati dan perasaan orang yang tu bole komen?? Yang aku prank tu kawan sendiri, apa masalahnya?" katanya. 



Akibat 'kelancangan' tweet dari Tauke itu, netizen sudah mula menyuarakan pandangan masing-masing, antaranya meminta orang ramai memboikot stesen radio berkenaan. Lebih-lebih lagi bila mana penyampai radionya bertindak tidak professional dan tidak 'sayang' pada pendengar setia mereka. 







loading...

0 Response to "Berang Ditegur, Tauke 'Serang' Pendengar Era.fm Sehingga"

Post a Comment