Sanggup Tukar Rezeki Kerana keperluan Hidup

loading...
SANGGUP TUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP...

Seorang Nelayan Tua sedang mencari pelanggan utk membeli udang Galah hasil tangkapannya(10 ekor).
Seorang pemuda sanggup membeli dgn harga rm50.00..

Setelah selesai membayar Pemuda itu dengan nada bergurau..
"Pakcik Saya beli yer , tak merasa udang galah la pakcik mlm ni sebab saya dah beli semuanya"..
dengan tenang Nelayan Tua itu Menjawab
"Encik,Allah beri rezeki udang ini untuk kami lihat sahaja kerana ada yang lain yang lebih perlu.

Beras, gula, tepung untuk makan anak-anak adalah lebih utama dari makan udang ini.
Jualan hari ini cukup untuk kami makan 4 atau 5 hari,berbanding jika kami makan udang ini hanya untuk sekali makan.

Air muka pemuda itu cepat berubah menjadi redup mendengar jawapan itu,
lalu dia menghulur kembali bungkusan udang itu kepada orang tua itu dan berkata,"Pak Cik,hari ini pak cik dan anak anak anak dapat makan gulai udang galah yg ditangkap oleh pak cik sendiri.

Ambillah, saya sedekahkan semua." Pemuda itu cepat berlalu, sedangkan orang tua itu seperti kebingungan seketika.

Ketika meninggalkan tempat itu dgn udangnya, saya melihat tangannya menyapu mata.
Bertuahlah pemuda itu memiliki hati yang dapat menjangka sesuatu yg disebalik pandangan....

Jika kita makan yg hebat, ingatlah ada orang menelan air liur, ada orang yg berpenat lelah kerananya, ada orang yg teringin tetapi tidak berupaya.

Sesekali kongsikan kenikmatan hidup kita dengan mereka yg miskin atau yang memerlukan dgn bersedekah, berbuat jamuan, memberi apa yg selalu kita makan, apa yg sedap pada lidah kita supaya orang lain juga merasa dan memberi apa juga sumbangan utk manfaat kpd orang lain...

Janganlah kita hanya memikir diri kita sahaja, seperti pemuda ini yg terfikirkan keluarga penjual udang ini.
Kita setiap hari makan hebat hingga berbulu perut, tetapi tak pernah sedetikkah terfikir insan lain yg memamah sayur kangkung, ikan temenung dan sambal belacan setiap hari.

Firman Allah,"Kamu sesekali tidak sampai kepada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.
Dan siapa saja yang kamu nafkahkan,maka sesungguhnya Allah mengetahui."Ali Imran 92.

WallahuA'lambissowab...

‪#‎islam_iman_ihsan‬
‪#‎fadhilat‬ sedeqah
‪#‎M‬.T.B.S
loading...

0 Response to "Sanggup Tukar Rezeki Kerana keperluan Hidup"

Post a Comment