'Tak tahu cerita sebenar, tapi viralkan... '

loading...
'Tak tahu cerita sebenar, tapi viralkan... '

Kuala Lumpur: "Sticker (pelekat) yang dimaksudkan dalam saman itu adalah yang menjadikan cermin kereta gelap. Dia tampal plastik warna hitam. Bukannya pelekat seperti yang diviralkan itu," tegas Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, mengenai salinan surat saman bertarikh 17 Julai yang viral di laman sosial.
Isu saman yang dikeluarkan di Merlimau, Melaka itu menjadi viral kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaman kereta yang mempunyai pelekat seperti 'Dilarang Merokok', 'Dilarang Makan' atau pelekat kelab kereta disertai.
"Kita saman cermin gelap dan orang yang kena saman ini dia menerima saman itu. Tetapi yang memviralkan benda ini sebenarnya bukan orang kena saman. Rakan dia yang langsung tidak tahu cerita sebenar.
"Kita dah sahkan) dengan orang yang kena saman. Memang rakan dia yang buat (viralkan) saman itu dan dia tidak tahu apa-apa.
"Kita kalau pasal 'sticker' (pelekat) langsung tidak pernah saman, pakailah pelekat kelab kereta ke, kelab golf ke, tak pernah saman. Yang kita saman tampal plastik yang jadikan cermin gelap," katanya ketika dihubungi.
Justeru pihaknya turut menasihati anggota yang terbabit dengan isu ini supaya membuat laporan polis.
"Benda ini sudah viral di laman sosial. Tetapi tiada aduan rasmi dikemukakan kepada pihak kami mengenai saman itu.
"Jadi saya nasihatkan orang ramai supaya jangan viralkan perkara tanpa mengetahui fakta sebenar. Dapatkan pengesahan daripada pihak polis adalah lebih baik," katanya.

loading...

0 Response to "'Tak tahu cerita sebenar, tapi viralkan... ' "

Post a Comment