loading...
Hanya kerana berkongsikan ilmu perubatan di laman Facebooknya sendiri, seorang jururawat disindir oleh seorang pegawai (GURU) DG48 yang menghubunginya melalui laman yang sama.
Pegawai terbabit dilihat tidak berpuas hati dengan jururawat berkenaan yang dianggapnya seolah-olah berlagak seperti doktor.
Tidak dinafikan ada manusia yang berperangai seperti ini. Namun wajarkah menyekat usaha seorang jururawat yang mempunyai ilmu perubatan berkongsi ilmunya dengan masyarakat?
Dah jumpa ramai orang-orang gred tinggi yang tak pernah bongkak dengan pangkat dia. Malah lagi tinggi pangkat pun saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ada lagi encik-encik PTD malahan pegawai-pegawai dalam badan berkanun pun tak macam ini. Doktor-doktor pakar/senior MO pun tak macam ini.
Tetapi encik/cik DG48 ini lainlah pula. Rasanya tak salah kalau nak post anything tentang ubat, penyakit, anatomi manusia di Facebook sendiri kot?
Wahai si DG48, kamu tahu tak nurse ini ada belajar macam-macam tentang anatomi? Belajar lagi tentang dos ubat, indikasi, kontraindikasi, route yang betul. Belajar tentang penyakit terutamanya simptom atau rawatan malahan management.
Sorry to say, ada doktor yang baru pun minta tunjuk ajar dari nurse-nurse yang senior di dalam wad. Apa hina ke jadi nurse sampai ada makhluk bakal DG52 ini dok cakap macam-macam?
Aku tak pernah malu menjadi nurse weyh. Malah aku rasa malu dengan makhluk macam kami ini yang suka-suka tanya soalan bijak itu. Dan sek-sek kamu DG48 inilah kebiasaannya demand this and that during admission!
loading...
0 Response to "Pegawai Kerajaan Gred 48 Hina Nurse Gred 29, 'Tak Rasa Malu Ke Jadi Nurse?'"
Post a Comment