"Jangan Ambil Gambar Saya Lagi" - Rayu Lelaki "Tanpa Kepala"

loading...



Baru-baru ini menjadi viral mengenai gambar seorang lelaki "tidak berkepala" yang berasal dari Bidor, Perak. 

Mengikut "mesej" yang tersebar sebelum ini, lelaki dikenali sebagai K. Vellu, 45 tahun itu dikatakan mempunyai "sejenis penyakit" hingga kepalanya seolah-olah jatuh terkulai ke depan.  




Memetik laporan OhMedia, lelaki itu telah ditemui oleh Astro Awani berkata perkara tersebut terjadi kepada beliau sejak tiga tahun lalu sewaktu beliau bertugas sebagai penjaga keselamatan.


“Dah ramai orang yang terkejut ... ada kereta yang sampai menekan brek apabila mereka nampak saya terutamanya pada waktu malam."

“Siap ambil gambar, ambil video ...dan saya sedar saya sangat dikenali di Internet sebab ramai yang datang berjumpa dan bertanyakan kenapa saya jadi macam ini,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau sudah lali dengan sikap orang ramai yang kadangkala mentertawakan dan mengejeknya fizikalnya.

Vellu turut yakin bahawa penyakit yang dideritai selama ini adalah kerana "buatan orang".

“Ini kena buat oranglah, doktor pun cuba rawat tetapi tak tahu saya sakit apa, kulit semua mengelupas dan bernanah dan leher saya pun tak boleh nak luruskan.

“Saya sudah berputus asa dan kalau boleh berhentilah ambil gambar saya, bukan boleh tolong atau buat apa pun,” tambahnya.

Diharap orang ramai yang terjumpa Vellu di sekitar bandar Ipoh, berhentilah mengambil gambar. Hormatilah permintaan dia.
loading...

0 Response to ""Jangan Ambil Gambar Saya Lagi" - Rayu Lelaki "Tanpa Kepala""

Post a Comment