Rugi Jika Ambil Insurans Takaful Berserta Simpanan Yang Anda Tidak Sedar

loading...
#‎takafuloftheday‬

TAKAFUL UNTUK SIMPANAN OK TAK?
AWAS, STATUS PANJANG. SHARE JIKA BERMANFAAT.

Assalamualaikum Semua,
Sekarang Viral mengenai “Simpanan” takaful yang digembar gemburkan oleh sahabat takaful kita. Benarkah apa yang dikatakan itu? Kenapa?

Pernah tidak seorang ejen belek ringkasan projected “savings” dan menjanjikan ribu raban? Dari segi theoretically dan by book memang itu kita akan dapat. Cuma, Dunia tak selalunya indah kawan. There’s No Guranteed Return in Investment except Skim Sontot. Mari Kupas satu per satu:

Sebelum kita beralih kepada Jenis Takaful, ada dua jenis (setakat pengetahuan saya) yang ada dalam industry bisnes takaful. Investment Link dan Stand-Alone. Oleh kerana saya tergolong dalam naungan “Takaful Sum Assured puluh ribu”, saya akan ceritakan apa yang saya faham mengenai takaful yang saya wakilkan dan MILIKI yang tercinta ini,iaitu jenis INVESTMENT LINK (Takafulink).

ANDAIKATA KITA MENCARUM KE DALAM TAKAFUL SEBANYAK RM 210/BULAN DAN MENYIMPAN BANK RM 210/BULAN, MANA LEBIH BAIK?
Mungkin anda pernah dengar salah satu ejen berceritakan perkara tersebut bukan? Secara kasarnya dari segi menyimpan:

1) Menyimpan dalam bank (abaikan dividen bank):
a. 210/bulan X 12=RM 2,520.00
i. 10 tahun = RM 25,200.00
ii. 20 tahun = RM 50,400.00

2) Menyimpan dalam Takaful (100% PUA)
a. Lihat dalam gambar pertama:
i. 1 Tahun: RM 32.00
ii. 10 Tahun: RM10,787.00
iii. 20 Tahun= RM 34,850.00
Jadi? Mana lagi untung? Bank atau Takaful? Semestinya la bank kan? Ini konsep mudah untuk simpan duit. Jadi, kenapa masih banyak orang cakap “Saya mahu Takaful yang ada Savings?”











































PEH! PASAL APA KURANG SANGAT ‘SAVINGS’ SAYA NI? SAYA NAK TERMINATE LA!
Jangan terminate bang! Rugi! Rugi sebab abang sudah ada Medical Card yang sudah disaring tahap kesihatan abang oleh Underwriter. Underwriter garang dan jahat bang wa tell you…. Mari saya terangkan abang satu persatu:

Kalau kita tengok Gambar 1, Caj-caj yang dikenakan ada baaaaanyak untuk Takaful. Setakat dalam gambar ini, ada 4 potongan yang dikenakan oleh Client iaitu:

1) Caj Wakalah Pendahuluan (Berbeza ikut sijil) refer: Gambar 2

a. Untuk akaun PUA:
i. 1st year: 60% daripada caruman setahun
ii. 2nd Year: 60% daripada caruman setahun
iii. 3rd Year: 50% daripada caruman setahun
iv. 4th Year: 30% daripada caruman setahun
v. 5th Year: 20% daripada caruman setahun
vi. 6th Year : 20% daripada caruman setahun

b. Untuk akaun IUA:
i. Kekal 5% sehingga tamap polisi daripada caruman setahun

2)Konsep Tabbaru’
a. Ingat, kita adalah Takaful. Setiap apa yang kita mencarum harus disimpan ke dalam tabung. Tabbaru’ ni terpulang daripada percentage Kemasukkan Tabarru’ untuk rider-rider yang kita langgan. Boleh rujuk dalam polisi untuk Unjuran Tabbaru’ untuk rider yang kita ada.

3)Caj-Caj Lain (Caj Perkhidmatan)
a. Kadar tetap atau fix RM 60.00 setiap tahun

4)Caj Pengurusan Aset
a. Oleh sebab kita “Investment Link”, kita bermain dengan konsep pelaburan dalam takaful kita. Pernah dengar Dana Bon? Dana Ekuiti? Dana Ekuiti Dinasti? Dana Urus? Hah….itulah terma pelaburan yang harus faham. Rujuk gambar 3 untuk Caj setiap dana-dana tersebut.
====================================================
Jadi, Rumusannya (Rujuk Gambar 1):

1) Nilai Tunai (“savings”) tanpa keuntungan pelaburan= (Sumbangan Diperuntukan- Jumlah Tabbaru’- Caj Perkhidmatan)

2) Nilai Tunai (“Savings”) dengan Keuntungan Pelaburan= Nilai Tunai (“savings”) tanpa keuntungan pelaburan
+ % kenaikan nilai unit.
3) Nilai Tunai (“Savings”) bersih= Nilai Tunai (“Savings”) dengan Keuntungan Pelaburan - % Caj Pengurusan Aset.
------------------------------------------------------------------------------------
Cuba kita kirakan untuk tahun pertama dalam Gambar 1:
1) Nilai Tunai (“savings”) tanpa keuntungan pelaburan= RM 1,008.00-918.00-60.00= RM 30.00

2) Andai kata saya ambil dana Ekuit 100% dengan kenaikan nilai unit sebanyak 9%= RM 30.00 +(RM 30.00 * 0.09)= RM 32.70 (INGAT! Pelaburan tidak pernah guaranteed!)

3) Jangan lupa ada kos pengurusan asset. Untuk Dana Ekuiti, 1.5% dikenakan. So,

4) Nilai Tunai (“Savings”) bersih untuk tahun pertama = RM 32.70- (RM 32.70 * 0.015)= RM 32 (anggap sahajalah ambil nilai besar…alaaa 20sen pon nak berkira ka? Hahaha)

BANG….TAHUN PERTAMA RM 32.00 JA BANG…..

Cuba buat dalam spreasheet dan tengok hasilnya. Semakin banyak nilai tunai, semakin besar caj yang dikenakan!
====================================================

JADI? KALAU RUGI KENAPA COMPANY AGUNG-AGUNGKAN TERMA SAVINGS?
Pernah tak ejen declare “ Bang, kalau abang lupa bayar saya akan tolak daripada savings abang boleh?” dan anda mengangguk.

Haaaaa…..itulah salah satu sebenarnya diperlukan savings tersebut! Supaya jika anda terlupa bayar pada bulan tersebut anda masih boleh menikmati faedah medical kad (jangan lama tak bayar dan lapse sudehhh). Jadi, kita ada sandaran Nilai Tunai dalam Pelan Medikal Kad kita
.
Ataupun…at least ada la juga cekau duit kat Takaful jika ada lebihan untuk beli second hand kereta ka…down payment rumah murah ka. Ataupun beli sport rim baru…hehehe gurau. Terpulang anda menggunakan duit lebihan Nilai Tunai tersebut.

Selain itu, dalam simpanan takaful ada rider yang tertulis “Contributor”, “Parent Contributor” dan “Spouse Contributor”. Jika rider ni dimasukkan ke dalam pelan dan terjadi 36 Jenis Critical, Kematian atau TPD keatas diri, pasangan atau ibu/bapa bawah tangungan, “Simpanan” anda akan waive sehingga tamat pelan. Ibarat company carumkan takaful dan simpanan untuk anda for FREE. Cuma rider ini ada kos diperlukan.
====================================================
KESIMPULANNYA?
TUMPUKAN:
> Pampasan Yang Setimpal atau lebih besar
> Nilai Medical Card Tahunan Yang Tinggi
> Mengikut kesesuaian dan berpatutan.
Savings? Ermm…..tidak payah tumpukan sangat. Syukur la kalau ada. Kalau tidak ada tidak apa.
loading...

1 Response to "Rugi Jika Ambil Insurans Takaful Berserta Simpanan Yang Anda Tidak Sedar"

  1. saya ada 3 takaful. (1) medical card, sum covered rm150k, tahunan rm835.00 (2)investment linked rm60k, bulanan rm157.32 (3) wanita takaful, sum covered rm20k, bulanan rm95.40. saya berhasrat nak terminate investment linked & wanita takaful kerana saya telah ambil insuran tersebut dari 2011 tetapi baru mulai 2015 baru dpt penyata pelaburan bagi kedua-duanya dan saya dapati jumlah pia/pria adalah rendah berbanding sasaran yang agen beritahu dahulu.

    ReplyDelete