Alfalfa hancur Berkecai

loading...
Tahun lepas, apabila kami memberikan komentar dari sudut syariah mengenai skim pembelian rumah Alfafa, pengarahnya sendiri yang message saya. Sebab kami berpendapat bahawa skim rumah Alfafa adalah too-good-to-be-true, memakai kontrak salam adalah salah serta pemberian hibah setiap bulan menyalahi kontrak syariah. Antara komen beliau ialah beliau akan "qunut nazilahkan" kami di Mekah. TETAPI lihatlah apa yang terjadi hari ini, dah lebih 3 tahun kunci pun tak dapat dan hari ini pula, websitenya telah terpadam dari alam maya. Sudah jatuh ditimpa tangga lah nasib pembeli-pembeli rumah. Begitulah juga nasib "pelabur" Highway Group yang kami telah nasihatkan tetapi tidak diendahkan. Kini Highway Group pun telah berkubur di lebuh-rayanya sendiri... Oleh itu, kami ingin menasihatkan sekali lagi kepada peminat-peminat dan peserta-peserta skim-skim too-good-to-be-true, sedarlah risiko yang tinggi yang anda sedang alami sekarang, risiko dunia dan risiko akhirat. Bangunlah dari dibuai mimpi... bangunlah. Sedarlah sebelum terlambat... Insha Allah. Wallahu'alam.



loading...

0 Response to "Alfalfa hancur Berkecai"

Post a Comment