Hukum Makan Ikan Yang Tidak Dibuang Perut

loading...


Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : Ustaz.. Di perak ada menjual ikan rebus yang dimasak terus selepas ditangkap dan baru2 ini saya mendengar ceramah bahawa ikan rebus itu haram dimakan sebab direbus sekali dgn isi perutnya.. Betulke ustaz?

Jawapan :

Ulama berselisih pendapat najis daripada haiwan dagingnya boleh dimakan Imam Syafie mengatakan najis secara mutlak tetapi Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hanbali megatakan suci.Dalam kitab Al-Majmuk Syarah Muhadzab, Imam Nawawi mengatakan:

وقد سبق أن مذهبنا أن جميع الأرواث والذرق والبول نجسة من كل الحيوان ، سواء المأكول وغيره والطير وكذا روث السمك والجراد وما ليس له نفس سائلة كالذباب فروثها وبولها نجسان على المذهب ، وبه قطع العراقيون وجماعات من الخراسانيين . وحكى الخراسانيون وجها ضعيفا في طهارة روث السمك والجراد وما لا نفس له سائلة ، وقد قدمنا وجها عن حكاية صاحب البيان والرافعي أن بول ما يؤكل وروثه طاهران وهو غريب ، وهذا المذكور من نجاسة ذرق الطيور كلها هو مذهبنا

Maksudnya, “Sudah dijelaskan dalam mazhab kita (yakni mazhab Syafi’i) bahawa seluruh kotoran haiwan, tahi burung dan kencingnya itu najis. Baik haiwan yang halal dimakan atau tidak. Adapun burung, tahi/kotoran ikan dan belalang dan haiwan yang darahnya tidak mengalir seperti lalat, maka hukum kotoran/tahi-nya dan kencingnya adalah najis menurut mazhab (Syafi’i). Ini pendapat ulama Irak dan segolongan ulama Khurasan.


 Najisnya kotoran burung semua adalah pendapat majoriti mazhab Syafi’i.

KOTORAN HEWAN SUCI MENURUT MAZHAB HANBALI, MALIKI DAN HANAFI

Menurut mazhab Hanbali, seluruh kotoran dan kencing haiwan yang halal dimakan itu suci.

Ibnu Qudamah seorang ulama mazhab Hanbali dalam Al-Mughni mengatakan:

وبول ما يؤكل لحمه وروثه طاهر … قال مالك : لا يرى أهل العلم أبوال ما أكل لحمه وشرب لبنه نجساً …. وقال ابن المنذر : أجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم على إباحة الصلاة في مرابض الغنم ، إلا الشافعي فإنه اشترط أن تكون سليمة من أبعارها وأبوالها

Maksudnya, “Kencing dan kotoran/tahi haiwan yang halal dimakan itu suci. Imam Malik berkata: Ahlul ilmi tidak menganggap kencingnya haiwan yang halal dimakan dan meminum susunya itu najis. Ibnu Mundzir berkata: Ahul ilmi sepakat atas bolehnya solat di kandang lembu kecuali Imam Syafi’i yang mensyaratkan harus selamat dari kencing dan kotoran sapi itu.

Kesimpulan: Haiwan yang halal dimakan baik itu haiwan laut seperti ikan dan udang, haiwan udara seperti burung, atau haiwan darat seperti kambing, dll maka kotoran dan kencingnya hukumnya :

1. Menurut mazhab Syafi’i hukumnya najis, kecuali pendapat sebagian kecil ulama mazhab Syafi’i yang mengatakan suci.

2. Menurut ulama mazhab yang lain seperti mazhab Hanbali, Maliki dan Hanafi, hukumnya suci.

Oleh itu ikan yang direbus bersama isi perutnya menurut mazhab Syafie najis dan ikan rebus tersebut tak halal di makan tetapi menurut majoriti ulama di dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali adalah suci dan ikan rebus tersebut hukumnya halal dimakan.

Adapun kotoran / najis haiwan yang haram dimakan dagingnya seperti babi, burung elang, buaya, anjing, biawak dll maka ulama dari keempat mazhab sepakat atas kenajisannya. Wallahu a’lam
loading...

0 Response to "Hukum Makan Ikan Yang Tidak Dibuang Perut"

Post a Comment