Suami Saya Sentiasa Fikir Kaedah Terbaik Untuk Rakyat - Rosmah Mansor

loading...



Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu rakyat dan itu adalah cara Perdana Menteri dalam menzahirkan semangat patriotisme, kata isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata demikian apabila ditanya bagaimana Najib menzahirkan semangat patriotisme dalam temu bual menerusi program bual bicara 'Langit Biru' terbitan Bernama Radio dan Biro Tatanegara di Wisma Bernama di sini hari ini.

Rosmah berkata Najib sentiasa bekerja keras untuk membangunkan negara, dan "beliau tidak pernah berhenti berfikir apa lagi yang beliau mahu lakukan supaya rakyat lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih.

"Bagaimana untuk menarik lebih ramai pelabur datang, (beliau) sentiasa memikirkan kebaikan dan kesenangan rakyat," katanya ketika ditanya peneraju program itu, Wan Syahrina Abd Rahman.

Program itu yang kali pertama bersiaran hari ini dikendalikan Wan Syahrina bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Rosmah merupakan tetamu jemputan pertama program itu yang bersiaran setiap Selasa mulai 6.15 petang hingga 7 malam di Bernama Radio.

Isteri perdana menteri turut memberikan contoh mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini yang tidak bertujuan untuk menyusahkan rakyat.

"(Perdana Menteri) buat sesuatu itu kerana ada sebab ... nasib baik kita ada GST, dengan harga minyak jatuh, dan (kalau) kita tak ada GST lagi susah.

"Saya pernah tanya kenapa buat GST ... orang marah. Dia kata 'I want to be a responsible leader to my people and country. I do not want to be a populist leader' (Saya mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara saya. Saya tidak mahu menjadi pemimpin populis)," katanya.

Dalam pada itu Rosmah turut menyifatkan suaminya seorang yang penyabar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin.

"Orang ramai dapat perhatikan beliau seorang yang betul-betul penyabar. Saya hairan bagaimana beliau boleh sabar. Tetapi dia kata 'don't cross the line' (jangan melampaui batas)," katanya.


Sumber : Terkini








































KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akui hairan dengan sikap suaminya yang disifatkan sebagai terlampau penyabar.

Malah menurutnya, sikap itu boleh disaksikan seluruh rakyat Malaysia.

"Saya sebagai isteri, hairan macam mana beliau boleh sabar, terlampau sabar.

"Tapi macam beliau kata, jangan 'cross the line'. Di rumah, saya dan anak-anak selalu pastikan bahawa kami tidak melampaui batasan itu.

"Agaknya kalau saya dan anak-anak 'cross the line'. Tak tahulah macam mana beliau respons," katanya berseloroh ketika menjadi tetamu program bual bicara Langit Biru, di sini, hari ini.

Beliau juga sempat bergurau mengatakan, "kalau telinga dia (Najib) sudah merah, ketap gigi...lebih baik kita lari."

Rosmah turut berkongsi kata-kata Najib kepadanya ketika beliau bertanya tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Saya tanya kenapa buat GST. Beliau cakap, 'saya nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat  bukan pemimpin yang populis'," katanya.

Dalam pada itu, ketika menjawab tentang anasir kebencian yang menular dalam masyarakat hari ini, Rosmah berkata itu budaya yang tidak sihat.

"Saya rasa ini satu sifat yang harus dihindarkan. Kita harus memupuk semangat positif kemudian kita akan mempunyai minda, sikap dan keluarga yang positif.


"Memanglah kita ada pendapat yang berbeza tapi itu bukan alasan untuk kita membenci seseorang," katanya


loading...

0 Response to "Suami Saya Sentiasa Fikir Kaedah Terbaik Untuk Rakyat - Rosmah Mansor"

Post a Comment