Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini: April 2016

loading...
Berikut adalah maklumat harga minyak Petrol RON 95, Petrol RON 97 dan Diesel terkini di Malaysia.
Bermula Disember 2014, harga runcit bahan api (minyak petrol dan disel) ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal dan penetapan harga akan dilakukan setiap bulan berdasarkan Purata Harga Pasaran bulan sebelumnya.


Senarai Harga Terkini Petrol dan Diesel

Untuk memudahkan anda memantau pergerakan naik turun harga runcit (harga di pam) bahan api, berikut kami sediakan senarai harga bulanan bagi seliter minyak petrol dan diesel di semua lokasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jadual sejarah harga minyak ini akan kami kemaskini setiap bulan.
BulanPetrol RON95
(RM/liter)
Petrol RON97
(RM/liter)
Diesel
(RM/liter)
April 2016RM 1.70Rm 2.05Rm 1.55
Mac 20161.601.95 *1.35
Februari 20161.752.05 *1.35
Januari 20161.852.25 *1.60
Disember 20151.952.45 *1.90
November 20152.052.45 *1.90
Oktober 20152.052.45 *1.90
September 20151.952.35 *1.80
Ogos 20152.052.45 *1.95
Julai 20152.152.55 *2.05
Jun 20152.052.35 *2.05
Mei 20151.952.25 *1.95
April 20151.952.25 *1.95
Mac 20151.952.251.95
Februari 20151.702.001.70
Januari 20151.912.111.93
Disember 20142.262.462.23
*Petrol RON97 - harga temasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 6%

Merujuk kepada graf Automatic Pricing Mechanism (APM) bagi harga RON95 sehingga tarikh 21 Mac berkemungkinan harga RON95 untuk bulan April tidak berubah ataupun akan mengalami kenaikan sebanyak 5 – 10 sen berbanding bulan sebelumnya Dalam bahasa mudah, Harga APM adalah kiraan harga pasaran ditambah fixed costs yang ditetapkan kerajaan (operating + margin) Sementara tu, harga minyak mentah dunia pada penghujung bulan Mac meningkat selepas langkah pelonggaran dasar monetari mengejut oleh China yang meningkatkan jangkaan bahawa permintaan minyak yang tinggi daripada negara pengguna terbesar komoditi itu dan petunjuk bahawa lebihan bekalan global mula menyusut Penanda aras minyak mentah dunia, Brent naik kepada AS$39.26 setong sehingga 30 Mac manakala kontrak minyak mentah Amerika Syarikat (AS) diniagakan pada AS$38.32 setong


Pautan Sumber: mysumber.com
loading...

0 Response to "Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini: April 2016"

Post a Comment