Ketahui langkah-langkah untuk membersihkan nama anda dari rekod buruk CCRIS PTPTN..

loading...
Ketahui langkah-langkah untuk membersihkan nama anda dari rekod buruk CCRIS PTPTN..
Like, komen dan share jika anda rasa bermanfaat..
Credit to : abu zaid hussein
(perunding hartanah Justeeland)






 











Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencetuskan panik dalam kalangan peminjam yang masih belum melangsaikan hutang.
Batrisyia Fauzan, yang memuat naik slip gaji tersebut di Facebooknya menyatakan bahawa beliau pernah dimaklumkan pegawai agensi itu mengenai operasi mengesan peminjam pada hujung tahun ini namun tidak menyangka perkara itu akan berlaku kepada dirinya.
“Ingat tak masa bulan 8 hari itu, saya ada kongsi tentang PTPTN ini. Pada masa itu, saya pergi untuk membayar tunggakan. Saya ada beritahu yang Pegawai PTPTN memaklumkan saya mengenai operasi besar-besaran bagi mengesan peminjam pada hujung tahun ini.
“Pegawai masa itu kata tempoh diberi hingga bulan 10 untuk peminjam datang berunding dengan kami, kalau tidak kami akan buat pemotongan ikut kadar kami.
“Rupanya, memang mereka serius buat. Tadi dalam group Whatsapp kami kecoh bincang mengenai hal ini. Sekolah dah tak lama (lagi) dah nak buka. Kesiannya kalau potong sampai macam ini sekali. Sampai tinggal RM19,” ujarnya.



Bagi mengelakkan perkara sama berulang, Batrisyia menasihatkan kepada mana-mana peminjam PTPTN yang masih belum membuat pembayaran supaya segera pergi ke pejabat PTPTN berdekatan untuk menjelaskan bayaran.
“Jadi yang mana dah kerja kakitangan awam, ada pinjaman PTPN jangan lupa pergi pejabat PTPTN berdekatan untuk runding. Hari itu pun berunding sepatutnya kena bayar tunai RM12,000. Bincang punya bincang RM6,000. Rayu lagi barulah dapat bayar kurang sikit pada RM6,000 itu. Cubalah,” katanya.
Sementara itu, PTPTN dalam satu kenyataan media menggesa peminjam dalam kalangan penjawat awam yang tidak pernah membuat bayaran balik agar segera tampil berunding untuk membuat penstrukturan semula hutang selewat-lewatnya pada 18 Januari 2016.
Sekiranya peminjam gagal berunding dalam tempoh ditetapkan, jumlah ansuran potongan gaji mandatori berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik yang sedang dilaksanakan akan diteruskan.
Selain, agensi itu juga akan meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam yang tidak membuat bayaran balik seperti notis-notis peringatan pertama, kedua dan ketiga, senarai hitam Jabatan Imigresen, saman dan lain-lain tindakan undang-undang.
“Sebelum ini, PTPTN telah mengeluarkan surat arahan potongan gaji mandatori bertarikh 4 Disember 2015 kepada majikan dan diberi salinan kepada 3,193 peminjam yang merupakan penjawat awam dan tidak pernah membuat bayaran balik dan gagal tampil berunding.
“Amaun potongan gaji yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik (bulan). PTPTN akan kembalikan semula amaun potongan setelah ditolak ansuran bulanan berdasarkan jadual bayaran balik semasa kepada 3,193 peminjam yang terlibat,” kata agensi itu.
loading...

0 Response to "Ketahui langkah-langkah untuk membersihkan nama anda dari rekod buruk CCRIS PTPTN.."

Post a Comment