Ahmad Said kemuka usul tidak percaya MB Terengganu

loading...


KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), sebentar tadi. Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal mengemukakan usul undi tidak percaya ketika berucap membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. 

Susulan itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Zuber Embong yang menerima usul itu menangguhkan persidangan untuk mengkaji butiran usul itu mengikut perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri. Dewan dijangka membuat keputusan sama ada menerima atau menolak usul itu kira-kira jam 2.30 petang ini. Difahamkan Mohd Zuber, Ahmad Razif dan pegawai undang-undang negeri sedang mengadakan mesyuarat untuk meneliti peraturan dewan.


loading...

0 Response to "Ahmad Said kemuka usul tidak percaya MB Terengganu "

Post a Comment