loading...
Jika kes begini, buat laporan segera kpd Bank Negara.
Ada 2 kebarangkalian;
1) Memang dia ditupu / missleading oleh pegawai berkenaan.
2) Dia tak ingat explaination daripada pegawai berkenaan tentang risiko dan caj yg dikenakan.
Wallahua'lam
Tambahan:
- Saya perasan, tahun ini semakin banyak syarikat-syarikat investment bank yg mula masuk market retail, contoh seperti bank di atas, dan ada beberapa lagi investment yg mula memasuki masuk market retail.
- Jumlah syarikat investment di Malaysia ada hampir 40 buah, tapi majoriti mereka masuk market korporat dan hanya 2-3 sahaja yang ada agency force yg memasarkan produk mereka untuk orang awam
- Untuk korporate, selalunya caj mereka sekitar 1% - 2% memandangkan syarikat korporate melaburkan dengan jumlah amuan yg besar.
- Manakala untuk market awam / retail, sekitar 6% utk pelaburan tunai.
- Majoriti dana, adalah tidak sesuai untuk orang awam lantaran pulangannya hanya biasa-biasa sahaja jika dibandingkan dengan ASB dan Tabung Haji.
- Tidak banyak dana yang boleh bagi pulangan melebihi 10%, dan ia boleh dilihat di Lipper, my.morningstar, bloomberg dan lain-lain research house yg ada.
- Berdasarkan pemerhatian saya, tidak sampai 30% pun dana yg mampu berikan pulangan melebihi 10% purata tahunan dalam masa 5 tahun.
- Tahun ini menyaksikan beberapa investment bank yg mula masuk market retail, mungkin ada kaitan dengan kejayaan beberapa invesment house yg berjaya menembusi market ini.
- Atau mungkin juga ada kaitan dengan ekonomi semasa, apabila orang ramai mula berhati-hati untuk menggunakan fasiliti bank, dan bank juga mula lebih ketat utk memberikan fasiliti mereka.
- Lantaran itu, wujud peristiwa seperti di atas apabila (MUNGKIN) pegawai bank berorientasikan target sales menjalankan kerja sehingga menawarkan pulangan kepada pelanggan dan tidak memberi penerangan yg betul kpd pelanggan tentang risiko dan kos.
Wallahua'lam
loading...
0 Response to "Berhati Melabur Dalam Unit Trust Bank, Anda Mungkin Ditipu Seperti Pak Cik Ini ( Habis Duit Pencen)"
Post a Comment