Tu Dia! Uli Tepung Roti Canai Sampai Siku, Siap 'Lap' Peluh Lagi

loading...


KUALA LUMPUR: Sebuah perkongsian video pekerja restoran mamak di ibu negara menguli tepung roti canai dengan cara paling menjijikkan menjadi viral di laman sosial.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Iky Faiereyl itu mendapat 139 perkongsian sehingga artikel ini ditulis.

Menurut Iky, beliau 'putus selera' melihat tindakan pekerja restoran berkenaan menguli doh roti canai sehingga ke pangkal lengan.

Lensa Iky juga merakam tindakan pekerja berkenaan mengesat peluhnya di dahi menggunakan tangan sama untuk menguli tepung makanan tersebut.

"Baru lepas order roti bom dengan roti canai. Bawak family minum petang. Putus selera tengok. Bole kot uli kat tempat tertutup, or beli mesin uli.

"Sampai lengan nuhhhh. Siap tarik lap peluh bagai. Hang pa tgk sendiri la. Telan air liur xtau (tak tahu) nak makan ke tak," tulisnya di Facebook.



Salah seorang pengguna laman sosial yang berkongsi video Iky mendakwa lokasi restoran tersebut terletak di kawasan perindustrian Taman Tasik Permaisuri, Cheras.

Majoriti komen terhadap video berkenaan menyatakan rasa jijik terhadap perilaku berkenaan namun ada yang beranggapan bahawa ianya merupakan amalan biasa bagi mana-mana pengendali restoran menguli tepung menggunakan tangan.






 - Malaysian Digest
loading...

0 Response to "Tu Dia! Uli Tepung Roti Canai Sampai Siku, Siap 'Lap' Peluh Lagi"

Post a Comment