loading...
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata persetongkolan Tun Mahathir bersama para pembangkang khususnya Dap adalah satu dosa politik yang amat besar dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.Ujarnya, rakyat Sabah berasa amat kecewa dan tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Oleh yang demikian tegas beliau UMNO Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berikrar akan terus memberikan sokongan 100 peratus kepada Presiden UMNO.
KOTA KINABALU, 5 Mac -- Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (dua kanan) bertanya khabar dengan penduduk tempatan semasa Program Operasi Sejehtera Komuniti di Taman Sabindo, dekat Kota Kinabalu, Sabtu. Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohamad Mintek (kanan) dan Pembantu Menteri Infrastruktur Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadur (dua kiri). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
“Ketika UMNO dibawa masuk ke Sabah tujuannya adalah untuk menstabilkan politik negara serta terus memberi sokongan kepada Presiden parti.
“Maka saya melihat UMNO Sabah berfikiran matang demi memastikan kesetiaan kepada presiden menjadi tonggak kepada parti. Ini bukan soal sokongan membabi buta tetapi inilah yang dituntut oleh Tun Mahathir dahulu dan juga semua presiden parti.
“Maka hari ini UMNO Sabah membuat ketetapan untuk memberi komitmen yang tidak berbelah bagi kepada Presiden UMNO dan ingin saya nyatakan bahawa deklarasi rakyat tidak memberi impak langsung kepada negeri Sabah,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rahman yang juga merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, beliau telah banyak membantu pembangunan di negeri ini jauh lebih baik dari perdana menteri dahulu terutamanya Tun Mahathir sendiri.
Oleh yang demikian beliau menyeru semua rakyat Sabah khususnya ahli UMNO di negeri ini agar mengabaikan sahaja isu ini kerana ada perkara yang lebih besar dan perlu diberi tumpuan iaitu soal ekonomi dan keselamatan.
“Isu inilah yang sering menghantui negeri ini dan perlu diatasi segera daripada sibuk memikirkan isu yang dibawa oleh Tun Mahathir kerana ia sesuatu yang memenatkan.
“Saya harap kita terus pastikan cawangan dan bahagian UMNO di Sabah terus bersatu padu dan terus memberi sokongan kepada Presiden parti. Jangan sedikitpun merasa terganggu dengan isu deklarasi ini.
“Ingat tujuan asal mengapa UMNO di bawa masuk ke Sabah,” katanya lagi.
loading...
ReplyDeleteAWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
Jom Terjah >>> KLIK SINI !! <<<