Lagi Kanak-kanak berbasikal kena rempuh kerana masuk laluan kereta di Johor

loading...
   

SATU lagi kemalangan jalanraya melibatkan kanak-kanak berbasikal dilaporkan berlaku di Johor Bahru — Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan tercampak akibat dirempuh oleh sebuah kereta ketika sedang berbasikal secara berkumpulan dari arah Kong-kong menghala ke Masai mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala.



Dalam kemalangan yang melibatkan pelajar tahun enam sebuah sekolah kebangsaan di Pasir Gudang, Johor itu, kanak-kanak berkenaan dikatakan menunggang basikal masuk ke laluan kereta menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak sebelum merempuh mangsa.

Kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejurus selepas kejadian kemalangan yang berlaku pada 9.40 pagi 10 Mac 2017.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Jokhiri Abd Aziz, kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila mangsa menunggang basikal secara berkumpulan antara 7 hingga 8 orang secara melawan arus sebelum dilanggar sebuah kereta.

"Seorang penunggang basikal masuk ke laluan kereta menyebabkan pemandu yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sentosa di sini tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa," katanya.

Menurutnya lagi kemalangan itu telah menyebabkan penunggang basikal tercampak ke kiri bahu jalan dan telah dikejarkan ke HSA oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pemandu kereta bagaimanapun disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambahnya lagi.


loading...

0 Response to "Lagi Kanak-kanak berbasikal kena rempuh kerana masuk laluan kereta di Johor"

Post a Comment