loading...
Tips Beli Ayam di pasar
Abah saya kata pilih yang kaki tegak ke atas tu
Sebelum ni tak tahu. So tak perasan. Ni dah tau, baru perasan. Memang betul. Ayam lama kaki jatuh.
========
Update: 9hb Jan 2017
Tips tentang ayam tu mengikut petua abah saya je. Betul atau tak, tak pasti.
Cuma saya sendiri selama ni tak pernah terfikir tu. Masa beli ayam, selalu pergi satu kedai je. Datang, ambil, bayar, balik. Pilih pun ala kadar je. Cari yang takde lebam, takde tanda2 yang mencurigakan dll.
Tapi malam tu saya teringat petua abah. Then saya nampak ayam2 di kedai yg saya biasa pergi kaki semua dah jatuh. Kedai2 sebelah banyak yang kaki tegak.
So saya beli kat kedai sebelahlah. Then masa nak balik, saya nampak pekerja di kedai yg saya selalu beli tu tambah ayam baru.
Guess what? Memang semua kaki tegak menunjuk langit.
So untuk rakan2 FB, tips tu lebih kepada untuk kegunaan diri saya sendiri ya. Nak follow juga atau tidak, terpulang!
Janganlah percaya bulat2. Buatlah pemerhatian sendiri. Puaskan hati.
Dan janganlah kata lepas ni ayam kaki jatuh lepas ni tak laku. Bukan semua org Malaysia baca posting aaya tu pun.
Oh ya, malam kelmarin saya ke sebuah pasaraya 24 jam.....ayam2 di situ hampir semua kaki ke bawah. 3 4 ekor je kaki tegak! Kalau saya nak beli ayam, personally saya akan pilih yg kaki tegak tu.
Assalam. : HT Amir
loading...
0 Response to "Tips Membeli Ayam Di Pasar (Boleh Bezakan Antara Baru Sembelih Atau Dah Lama?)"
Post a Comment