Nokia 150 Hadir Dengan Masa Bertahan Bateri Mencapai Sebulan

loading...

Nokia sebelum ini telah melesenkan jenama mereka untuk digunakan pada telefon kepada HMD Global. Seperti ramai sedia maklum, peranti Android berjenama Nokia dijangka hadir pada tahun 2017, dan sementara itu, kini HMD Global telah memperkenalkan sebuah peranti berupa telefon bimbit baru, Nokia 150.

Nokia 150

Nokia 150 ini hadir dengan sokongan skrin berwarna bersaiz 2.4-inci, dan dilengkapi dengan rekaan berasaskan polikarbonat bagi menawarkan ketahanan yang baik.

Disamping itu, sokongan asas lain seperti radio FM, pemain MP3, permainan, kamera dengan sokongan lampu LED turut dilengkapkan pada telefon bimbit ini.


Ia bakal hadir dalam dua variasi, iaitu satu sim dan juga dwi-SIM. Menurut HMD Global, Nokia 150 untuk satu SIM ini mampu menawarkan masa bertahan bateri sehingga 31 hari lamanya, sementara 25 hari untuk versi dwi-SIM. Peranti ini menggunakan pengecasan berasaskan mikro-USB.

Telefon bimbit ini ditujukan untuk pasaran negara membangun, dan biasanya menjadi pilihan untuk mereka yang memerlukan telefon kedua sebagai pelengkap untuk telefon pintar.

Nokia 150 akan dipasarkan bermula 2017 kelak dibeberapa negara terpilih pada harga sekitar USD 26 (~RM115).
loading...

0 Response to "Nokia 150 Hadir Dengan Masa Bertahan Bateri Mencapai Sebulan"

Post a Comment