Graduan Mengaku Minta Gaji Tinggi Sehingga RM6,500, Punca Graduan Baharu Tidak Diambil Bekerja

loading...


CYBERJAYA, 22 Dis - Satu kaji selidik oleh Jobstreet.com pada bulan lepas mendapati permintaan gaji yang tidak realistik seperti meminta bayaran gaji sehingga RM6,500 menjadi punca graduan baharu tidak diambil bekerja.

Menurut Ketua Komunikasi Wilayah jobsDB.com, Simon Si, kaji selidik itu dijalankan dengan bertanya majikan mengapa sukar bagi graduan baharu diambil bekerja dan 68 respondan menyatakan bahawa mereka meminta gaji yang tidak realistik.

"Kira-kira 30 peratus daripada graduan baharu meminta gaji sehingga RM6,500 sebulan untuk hidup selesa.", katanya.

Selain itu, beliau juga ada menyimpulkan lima sebab utama mengapa graduan baharu tidak diambil bekerja.

"Ada lima sebab utama mengapa graduan baharu tidak diambil bekerja. Pertama, ialah mereka meminta gaji yang tidak realistik, lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, terlalu memilih kerja atau syarikat, kelemahan kemahiran komunikasi dan perwatakan, sikap dan personaliti," katanya ketika melancarkan Panduan Gaji Graduan Baharu JobStreet.com 2016/2017 yang pertama di MMU hari ini.

Selain itu, beliau juga berkata, faktor-faktor yang mendorong graduan baharu meminta gaji yang tidak realistik adalah bantuan kewangan dari ibu bapa yang mendedahkan mereka kepada gaya hidup mewah semasa menjadi pelajar dan ibu bapa tidak lagi memberi bantuan apabila mereka mula bekerja.

"Sesetengah daripada pelajar sekarang sudahpun memiliki kereta sendiri sebelum mula bekerja. Satu lagi sebab ialah kos sara hidup yang tinggi," kata beliau.
loading...

0 Response to "Graduan Mengaku Minta Gaji Tinggi Sehingga RM6,500, Punca Graduan Baharu Tidak Diambil Bekerja"

Post a Comment