Pakar Motivasi Dedah : Kenapa Ramai Hantar Anak Ke Sekolah Agama Swasta Berbanding Kerajaan

loading...

 Setiap kali hantar anak perempuan JR ke sekolah menengah, pasti melalui sekolah rendah agama swasta itu yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar. Sesuatu yang tak menyeronokkan ketika melalui jalan itu ialah kesesakan yang boleh tahan juga. Ini kerana kereta berbaris untuk turunkan anak masing-masing di luar pagar sekolah.  

Melihat kenderaan-kenderaan yang hantar anak ke sekolah agama swasta itu, kita boleh agak latar belakang keluarga kanak-kanak itu. Memang ada yang menghantar anak naik motor kapcai, tapi yang menyumbangkan jam ialah ibu bapa yang berkereta, sebahagiannya kereta mewah. Bila ibu bapa berkereta mewah - BMW, Mercedes, Accord dan pacuan 4 roda berjenama, kita boleh agak pekerjaan mereka. Mereka pasti bukan penjual goreng pisang, penjual nasi lemak gerai tepi jalan atau kakitangan kerajaan dan swasta pangkat rendah. 


Mereka pasti seseorang yang banyak duit. Ironisnya, sekolah rendah agama swasta itu  nampak seperti biasa-biasa saja. Ia sebuah sekolah 2 tingkat diperbuat dari kayu dan catnya juga nampak sudah agak pudar. Ada yang kata kemudahan di sekolah rendah agama itu tidaklah sebaik sekolah kebangsaan. Tenaga pengajarnya pula cuma kelihatan seperti cikgu/ustaz biasa-biasa saja, tak nampak membawa perwatakan penuh kemegahan duniawi.. 


Pernah tak korang terpikir mengapa ibu bapa berpangkat besar, bekerjaya bagus, status sosial ternama, menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama swasta yang kurang kemudahan, guru kurang terlatih dan yuran yang dikenakan pula agak tinggi? Satu lagi yang ironis ialah ada guru sekolah,  penolong kanan sekolah, pengetua sekolah kerajaan sendiri menghantar anak mereka ke sekolah agama swasta yang nampak seperti "ketinggalan"? Mengapa berlaku begitu? Tadi JR baca jawapan kepada persoalan ini di Facebook:





loading...

0 Response to "Pakar Motivasi Dedah : Kenapa Ramai Hantar Anak Ke Sekolah Agama Swasta Berbanding Kerajaan"

Post a Comment