Nadia Nordin Penyebar Video Perempuan Telanjang dicari

loading...


AB Rahman menunjukkan gambar Nadia Nordin yang diminta tampil membantu siasatan polis.



Kota Bharu: Suspek utama dalam video seorang wanita yang dipukul dalam keadaan bogel di sebuah hotel di Sungai Golok, baru-baru ini, diminta supaya tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, wanita yang dikenali sebagai Nadia Nordin itu perlu tampil ke balai polis berdekatan untuk diambil kenyataan.

Katanya, kenyataan Nadia Nordin penting untuk menyelesaikan kes itu.

“Ia susulan penahanan seorang wanita dikenali sebagai Eka Ekora, 28, yang ditahan kelmarin yang turut berkait dengan video berkenaan.

“Polis percaya wanita itu berada di negeri ini dan kita harap dia tampil membantu siasatan, sekali gus menyelesaikan kes berkenaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.

Katanya, seorang suspek dikenali sebagai Eka Ekora ditahan di Kota Bharu selepas didakwa memukul remaja wanita berusia 14 tahun yang dituduh menyebarkan rakaman video itu.

Menurutnya, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Harian Metro berhubung dua rakaman video viral seorang mangsa dikenali sebagai Nora yang dipukul dalam keadaan bogel tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp yang memaparkan dia dipukul dalam keadaan bogel oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Nordin.

Dua video yang masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat memaparkan bagaimana Nora dipukul dan susulan itu, dua laporan polis dibuat termasuk oleh mangsa dan seorang lagi wanita yang dituduh menyebarkan video itu.
loading...

0 Response to "Nadia Nordin Penyebar Video Perempuan Telanjang dicari"

Post a Comment